Sunday, October 10, 2010

Sesuatu yang Dulu... dan Ketika Kini...


Ketika kamu kecapi kebahagiaan, maka ketenangan teman-teman mu juga hinggap di dada-dada mereka.

Sesuatu yang lalu….

Kenapa kamu tidak boleh membebaskan hati kamu untuk menerima takdir yang ditentukan. Kamu terlalu yakin yang kamu akan kecapi apa yang kamu rasa itu milik kamu, sedangkan kamu tahu ia tidak akan jadi milik kamu menurut takdir Ilahi. Tiada guna menasihati orang yang sedia tidak mahu menerima nasihat teman nya sendiri. Masa berlalu, dan jawapan bagi nasihat dan pandangan teman kamu seolah-olah telah terjawab. Hanya masa dan peristiwa demi peristiwa telah terjawab dengan tepatnya. Bukan kah itu tanda nya teman kamu sayang kan kamu hanya kerana kamu sahabat yang pernah kamu lukai suatu masa dulu. Kecewa teman kamu tidak kamu ketahui lantaran tidak mahu mendengar pandangan seikhlas hati teman kamu. Padahal ia adalah kata-kata demi diri kamu sendiri dan tiada apa-apa pulangan pada kawan kamu. Kamu di ketawa kan lagi. Lagi.. Bukan pertama kali.. Adakah kamu kira teman kamu ini gembira kamu di tertawakan. Mungkin senyuman teman kamu hanya menampakkan bahawa apa yang nasihati ini betul, dan senyum kerana terjawab semua persoalan yang kamu mainkan sendiri. Tapi sedih di hati kerana kamu sedikit pun tidak mahu percaya kata-kata teman mu. 
Tahu kah kamu, jika kamu menganggap teman kamu adalah satu persaingan atau kamu anggap teman kamu ingin bersaing dengan kamu. Itu sama sekali salah!.. sayang sekali selama ini kamu tenggelam dalam anggapan kamu sendiri, sedangkan kawan-kawan kamu masih risaukan kamu. Tiada siapa yang lebih dari siapa. Apa yang kamu dapat sesuai dengan kehidupan kamu, dan apa yang ada pada teman kamu sesuai dengan kehidupan teman-teman kamu yang lain. Bukankah semua itu sudah ditentukan Ilahi. Apa yang kamu kecapi adalah kebahagiaan teman jua. Dan apa yang kawan kamu capai adalah kebahagian teman-teman yang lain. Apabila semua bahagia, bukan kah suasana berkawan akan lebih di nikmati seadanya. Tiada perbandingan yang sepatutnya wujud.  Kenapa tidak perlu kan perbandingan? kerana keperibadian dan keperluan kehidupan serta personaliti antara teman dengan teman yang lain adalah beza sama sekali. Dengan itu, Tuhan beri mengikut kesesuaian dengan keperluan kehidupan kamu. Kamu tidak perlu apa yang teman kamu nikmati, dan teman kamu tidak perlu apa yang kamu nikmati. Keadilan kehidupan selalu terselindung dari apa yang dapat dilihat. Tiada salah pada sebuah anggapan jika ia di landasan hati yang jernih dan betul. Anggapan penting tapi ia perlu di landasan yang betul.

Ketika kini…

Kebahagiaan yang akan kamu kecapi adalah Ketenangan teman-teman mu. Percayalah... Kerana ketenangan kamu, memberi Kebahagiaan kepada teman-teman mu.

No comments:

Post a Comment