Wahai Rasulullah..
Aku menangis saat meningati mu..
Engkau pergi dulu...
Terlalu ingin menemui mu..
Aku ingin sekali menemui mu..
Lihat la kami..
Lihat la kami wanita akhir zaman..
kaum kami banyak yang tersasar...
Ya Allah..
Aku merindui Nabi Muhammad saw..
aku ingin menjadi solehah..
tapi..
Terlalu banyak dugaan..
aku sudah tidak tahu pakaian mana yang lebih baik..
saat aku keluar bekerja..terbuka jalan-jalan ke neraka..
aku takut aku bertabaruj..
sedang niat aku ingin sekali kelihatan baik dan sesuai ke kerja..
aku bergaul dengan bukan muhrim..
Masih kah aku berpeluang mendapat syafaat mu...
Aku rindu kan mu..
aku ingin sekali menemui mu..
bantu la kami kaum wanita akhir zaman ini..
Sunday, October 31, 2010
JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA
Tadi.. Masuk Facebook.. entah dari mana, jumpa artikel nie.. Sebenarnya dah pernah baca, dah lama.. dulu-dulu.. untuk tatapan aku sendiri ;
BUAT PEDOMAN BERSAMA.
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL...
Tuesday, October 26, 2010
Apakah betul apa yang diperkatakan artikel itu..?
Apakah betul apa yang diperkatakan oleh Artikel di bawah, JIKA YA, masih belum belajar lagi dari kesilapan lampau. tidak belajar kah dari akhlak muda mudi yang buruk, jenayah berleluasa, bunuh membunuh, anak luar nikah sudah banyak, penyakit berjangkit, malah ada umur budak 12 tahun sudah pandai bersekedudukan. Maksud saya disini, ini amaran dari Tuhan dan kesilapan kejadian-kejadian di atas adalah dari tangan manusia sendiri. Tiada kah rasa bersalah di dalam diri sebagai pemimpin yang memimpin negara, dan beragama Islam sepatutnya patuhi panduan halal dan haram dalam agama.
Ambillah tahu akan akhlak rakyat, anak muda mudi sekarang. Cuba perbaiki jalannya, jika kementerian ini cuba mengambil inisiatif untuk mencari jalan supaya mengurangkan dan membanteras pembuangan bayi, mana mungkin jadi kenyataan jika kementerian lain pula tidak berkerjasama. Malah saya merasakan Pucuk pemimpin itu sendiri perlu bergeras selari dengan lain. Masalah jenayah adalah tanggangjawab bersama.
Belajar lah dari Islam itu sendiri. Bagaimana Islam itu dapat menakluk bumi ini sewaktu dulu. Malah membawa kebaikan dan keamanan kepada bangsa dan agama lain.
Biar pun mahu meningkatkan ekonomi negara mungkin ada cara yang lebih baik dan halal. Bukankah Agama rasmi Malaysia adalah Islam.
| ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina | |||
|
Kongsi 12K
Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.
Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.
Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Kriteria berkenaan adalah:
- Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
- Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
- Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan
Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.
Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan
Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
Saturday, October 23, 2010
Saje Main Kuiz Personality Aku..huhu...
Huhu... Saja main kuiz personality.. Jadi ni hasil dari kuiz2 yang di jawab.. Tiada tujuan lain, cuma saja mengisi masa lapang dan rasanya tak perlu percaya 100%...
..Orang Macam Apakah Kamu..
Kepribadian ramah Anda membuat Anda menarik di mata lawan jenis, tapi ini membuat pasangan Anda merasa tidak aman. Kurangnya emosi Anda adalah kerugian, tetapi keterusterangan Anda telah membuat Anda populer.
Kesimpulannya: ...
웃 : Teman Anda merasa sulit untuk memahami Anda.
웃 : Anda memiliki pemikiran yang polos.
웃 : Tapi menarik bagi lawan jenis.
웃 : Teman Anda merasa sulit untuk memahami Anda.
웃 : Anda memiliki pemikiran yang polos.
웃 : Tapi menarik bagi lawan jenis.
Watak Berdasarkan Tanggal Lahir
Untuk Orked BerDuri yang lahir pada tanggal 30 Agustus, berikut adalah analisa wataknya:
Pandangannya luas, pemikiran atau pendapatnya asli, idealistis, suka akan segala sesuatu yang lembut, halus dan indah. Penghidupannya bisa dipenuhi kedamaian dan ketentraman. ..
Sifat-sifat Utamanya: ...
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Pandangannya luas
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Pemikiran atau pendapatnya asli
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Idealistis
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Suka akan segala sesuatu yang lembut
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Halus
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Indah
Golongan Darah dan Keperibadian mu
Untuk Orked BerDuri memiliki golongan darah O, berikut ini penjelasannya :
- Biasanya berperan dalam menciptakan gairah untuk suatu grup dan menciptakan suatu keharmonisan diantara para anggota grup tersebut.
Friday, October 22, 2010
Bila kawan yang nak kahwin, Aku pula yang merasai Ketenangan dan Kebahagiaan.
Alhamdullilah..Bila kawan-kawan dah nak kahwin nie, terasa bagaikan satu nikmat dalam diri. Tak terungkap dengan kata-kata. Ketenangan dan kedamaian seolah-olah berpindah pada dalam diri. Hairan sekali, tidak pula aku kisah jika kawan-kawan sudah tidak menemani, malah lebih mendatangkan damai di hati ini. Terasa kembali kehidupan menyinari hidup ku. Malah aku sering berdoa mereka semua cepat di ijab kabul kan secepat mungkin.
Tiada yang lebih baik dari keadaan sekarang.. Tuhan hadirkan kenikmatan untuk aku. Pada mulanya aku hairan kenapa tiba-tiba hadirnya kebahagiaan di hati. Bukan tidak syukuri, tapi tertanya-tanya mana datangnya, apa sebabnya. Sudah di teliti setiap penjuru hati, sudah di nilai tilik hati ini..ternyata datangnya dari Allah yang Maha Esa, hadiah dari tuhan. Ketenangan yang pasti membahagiakan. Alhamdullilah.
Ahamdullillah...Alhamdulillah...Ahamdullilah...
Aku teringat masa di Kolej, berpeluang mengenali sahabat-sahabat kaki usrah dulu-dulu, tak sangka aku tidak lagi berjumpa dengan rakan-rakan seperti itu lagi sewaktu melangkah kaki ke dunia perkerjaan. Dunia nya lain. Kawan yang aku kenali ialah kawan yang penuh dengan muslihat dunia. Ada yang tidak ikhlas, ada yang pentingkan diri sendiri.. Ada yang tenggelam timbul.. Ada yang datang di waktu-waktu tertentu saja demi mengejar kepentingan peribadi semata-mata. Ada yang memetingkan pangkat, darjat dan sebagainya.
Pun Begitu, masih ada segelintir yang baik hati.. ;)
Aku bukan lah berada dalam dunia usrah 100%.. Jika aku nak mengikut pelajaran agama, aku akan ikuti rakan-rakan yang selalu usrah.. Sedikit sebanyak aku tahu mengenai agama. Aku pun kebetulan satu rumah dengan mereka. Menyewa masa belajar tak boleh banyak kisah. Ada rumah yang dekat, kita sewa jer.. Tak sangka dapat rumah yang rajin ber usrah.. Sangka aku masa tu, Allah mahu menjaga aku.
Kenapa masih ada kawan yang datang tenggelam timbul, kadang datang nya bersebab, hairan nya aku tahu maksudnya. Alhamdulliah Tuhan tu Maha Esa, petunjuk jalan.
Semoga Allah menemani ku selalu.. ;)
Thursday, October 21, 2010
HIDUP KITA HANYA SATU JAM LEBIH
Assalamualaikum..
HIDUP KITA HANYA SATU JAM LEBIH
Nisbah Hari Dunia : Hari Akhirat
Firman Allah,
و إن يوما عند ربك كألف سنة مما تعدّون
Dan sesungguhnya satu hari (mengikut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun mengikut perkiraanmu. Surah al-Haj ayat 47 (Rujuk juga ayat 5 surah as-Sajdah)
Hidup kita di dunia ini tidak lama. Cuba kita hitung nisbah hari dunia dan akhirat,
1 hari akhirat = 1000 tahun dunia mengikut perkiraan kita
Satu tahun di dunia biasa 365 hari. Cuba kita darabkan. 1000 x 365 = 365000 hari
Bermakna satu hari akhirat = 365000 hari dunia
Cuba kita andaikan, jika 1 hari akhirat juga ada 24 jam. Bermakna,
setiap jam akhirat adalah - 1000 tahun / 24 = 41.7 tahun dunia.
Umur umat akhir zaman adalah lebih kurang 60 ke 70 tahun sahaja, atau HANYA satu jam lebih mengikut perhitungan akhirat.
Hakikat Kehidupan Dunia
Firman Allah,
و ما الحياة الدنيا إلا لعب و لهو و للدار الأخرة خير للذين يتقون, أفلا تعقلون
و ما الحياة الدنيا إلا متاع الغرور
Dan tiadalah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang mempedayakan Surah Ali Imran ayat 185
أرضيتم بالحيوة الدنيا من الأخرة, فما متاع الحيوة الدنيا في الأخرة إلا قليل
Persoalannya
* Berapa banyakkah persediaan yang telah saya dan antum lakukan untuk ke sana
* Berapa banyakkah masa yang terbuang begitu sahaja tanpa diisi perkara atau amalan
yang bermanfaat
Fikir-fikirkanlah...
Semalam jumpa satu artikel yang sangat bagus, hari ini baru berpeluang dapat baca dengan baik. Semalam perlu siapkan slide Uganda untuk Boss. Setelah baca dengan tenang, baru dapat nikmati ilmu yang cuba di sampaikan oleh blog : http://pena-sufi.blogspot.com. Sangat bagus untuk didalami. Sekurang-kurang nya kita sedar berapa lama sangat di dunia ini. Jadi, jika dapat rezeki, syukuri dan jangan melebih-lebih. Jika kita dalam dugaan hidup, jangan terlalu sedih, kita bukannya selama-lamanya hidup didunia ini. Jika berpeluang berharta, tak perlu lah lebih2.. Contohnya, cukup la sekadar kereta yang sederhana, rumah yang sederhana..
Okey!! Jom sama2 baca artikel di bawah.. ;)
HIDUP KITA HANYA SATU JAM LEBIH
Nisbah Hari Dunia : Hari Akhirat
Firman Allah,
و إن يوما عند ربك كألف سنة مما تعدّون
Dan sesungguhnya satu hari (mengikut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun mengikut perkiraanmu. Surah al-Haj ayat 47 (Rujuk juga ayat 5 surah as-Sajdah)
Hidup kita di dunia ini tidak lama. Cuba kita hitung nisbah hari dunia dan akhirat,
1 hari akhirat = 1000 tahun dunia mengikut perkiraan kita
Satu tahun di dunia biasa 365 hari. Cuba kita darabkan. 1000 x 365 = 365000 hari
Bermakna satu hari akhirat = 365000 hari dunia
Cuba kita andaikan, jika 1 hari akhirat juga ada 24 jam. Bermakna,
setiap jam akhirat adalah - 1000 tahun / 24 = 41.7 tahun dunia.
Umur umat akhir zaman adalah lebih kurang 60 ke 70 tahun sahaja, atau HANYA satu jam lebih mengikut perhitungan akhirat.
Hakikat Kehidupan Dunia
Firman Allah,
و ما الحياة الدنيا إلا لعب و لهو و للدار الأخرة خير للذين يتقون, أفلا تعقلون
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah terlebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? Surah al-An'am ayat 32
و ما الحياة الدنيا إلا متاع الغرور
Dan tiadalah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang mempedayakan Surah Ali Imran ayat 185
أرضيتم بالحيوة الدنيا من الأخرة, فما متاع الحيوة الدنيا في الأخرة إلا قليل
Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Surah at-Taubah ayat 38
Terdapat banyak lagi ayat yang Allah jadikan ia sebagai peringatan kepada kita agar tidak terpedaya dengan muslihat dan tipudaya dunia.
Namun jangan pula kita menyangka bahawa untuk kejar akhirat, kita harus tinggalkan pekerjaan,tinggalkan bermuamalah, bergaul dengan sahabat handai dan sebagainya dan hanya duduk di tikar sejadah dan memegang tasbih sepanjang masa. Islam adalah agama yang sempurna, melengkapi keperluan ukhrawi dan duniawi. Kita sebagai manusia yang dikurnia akal, harus matang dalam membahagikan antara ibadah dan muamalah sesama manusia.
Persoalannya
* Berapa banyakkah persediaan yang telah saya dan antum lakukan untuk ke sana
* Berapa banyakkah masa yang terbuang begitu sahaja tanpa diisi perkara atau amalan
yang bermanfaat
Fikir-fikirkanlah...
Monday, October 11, 2010
:::Ujian Hidup:::
Setiap manusia tak akan lepas dari ujian hidup sesuai dengan kemampuan mereka. Ujian yang datang kita sambut dengan redha dan hadapi dengan tabah dan kita kuat kerana adanya Allah, maka kita akan sentiasa tenang dan percaya ada hikmah dengan apa yang terjadi. Dan percaya suatu penderitaan akan datangnya kebahagiaan. Jika kita perasan, kita akan lebih dekat dengan sang Pencipta. Tenanglah wahai diri..
Mari kita sama-sama renungkan ayat yang telah Allah turunkan tentang ujian dalam kehidupan kita sebagai hambaNYA..agar bertambah ketaqwaan dan keimanan kita...
Kenapa AKU DIUJI?
Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
rasa FRUST?
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
rasa FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
-Surah Yusuf ayat 12
Sunday, October 10, 2010
Belajar Kawal Perasaan dari Lelaki
Orked terjumpa artikel nie dari blog nie :
http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/07/belajar-kawal-perasaan-dari-lelaki.htmlTak tau la betul ker tak.. Mungkin ada point2 yang betul, setengah tu tak betul.. berdasarkan komen2 pembaca dari blog tu, ada yang percaya ada yang tak. Malah ada yang kata beberapa point jer boleh pakai. So have fun!! saja baca.. (^_^)..
Orked sarankan layari lah blog di atas, so lagi banyak korang boleh jumpa. ;)
BELAJAR KAWAL PERASAAN DARI LELAKI
Kepada girl pembaca blog 1001rahsia kt sini ada beberapa tips belajar kawal perasaan dari lelaki :-
1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''
2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!
3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.
4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.
5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.
6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribadi kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'
7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.
8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.
9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka.
Macam mana?.. ada yang boleh pakai, ada yang tak boleh kan.. Tapi bagi orked, kata hati lelaki bukan pada mulut tetapi dari mata dia dan gerak badan nya.. ;) betul tak?.. siapa kata betul. dia geng orked..hihi...;)
1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''
2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!
3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.
4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.
5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.
6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribadi kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'
7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.
8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.
9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka.
Macam mana?.. ada yang boleh pakai, ada yang tak boleh kan.. Tapi bagi orked, kata hati lelaki bukan pada mulut tetapi dari mata dia dan gerak badan nya.. ;) betul tak?.. siapa kata betul. dia geng orked..hihi...;)
Sesuatu yang Dulu... dan Ketika Kini...
Ketika kamu kecapi kebahagiaan, maka ketenangan teman-teman mu juga hinggap di dada-dada mereka.
Sesuatu yang lalu….
Kenapa kamu tidak boleh membebaskan hati kamu untuk menerima takdir yang ditentukan. Kamu terlalu yakin yang kamu akan kecapi apa yang kamu rasa itu milik kamu, sedangkan kamu tahu ia tidak akan jadi milik kamu menurut takdir Ilahi. Tiada guna menasihati orang yang sedia tidak mahu menerima nasihat teman nya sendiri. Masa berlalu, dan jawapan bagi nasihat dan pandangan teman kamu seolah-olah telah terjawab. Hanya masa dan peristiwa demi peristiwa telah terjawab dengan tepatnya. Bukan kah itu tanda nya teman kamu sayang kan kamu hanya kerana kamu sahabat yang pernah kamu lukai suatu masa dulu. Kecewa teman kamu tidak kamu ketahui lantaran tidak mahu mendengar pandangan seikhlas hati teman kamu. Padahal ia adalah kata-kata demi diri kamu sendiri dan tiada apa-apa pulangan pada kawan kamu. Kamu di ketawa kan lagi. Lagi.. Bukan pertama kali.. Adakah kamu kira teman kamu ini gembira kamu di tertawakan. Mungkin senyuman teman kamu hanya menampakkan bahawa apa yang nasihati ini betul, dan senyum kerana terjawab semua persoalan yang kamu mainkan sendiri. Tapi sedih di hati kerana kamu sedikit pun tidak mahu percaya kata-kata teman mu.
Tahu kah kamu, jika kamu menganggap teman kamu adalah satu persaingan atau kamu anggap teman kamu ingin bersaing dengan kamu. Itu sama sekali salah!.. sayang sekali selama ini kamu tenggelam dalam anggapan kamu sendiri, sedangkan kawan-kawan kamu masih risaukan kamu. Tiada siapa yang lebih dari siapa. Apa yang kamu dapat sesuai dengan kehidupan kamu, dan apa yang ada pada teman kamu sesuai dengan kehidupan teman-teman kamu yang lain. Bukankah semua itu sudah ditentukan Ilahi. Apa yang kamu kecapi adalah kebahagiaan teman jua. Dan apa yang kawan kamu capai adalah kebahagian teman-teman yang lain. Apabila semua bahagia, bukan kah suasana berkawan akan lebih di nikmati seadanya. Tiada perbandingan yang sepatutnya wujud. Kenapa tidak perlu kan perbandingan? kerana keperibadian dan keperluan kehidupan serta personaliti antara teman dengan teman yang lain adalah beza sama sekali. Dengan itu, Tuhan beri mengikut kesesuaian dengan keperluan kehidupan kamu. Kamu tidak perlu apa yang teman kamu nikmati, dan teman kamu tidak perlu apa yang kamu nikmati. Keadilan kehidupan selalu terselindung dari apa yang dapat dilihat. Tiada salah pada sebuah anggapan jika ia di landasan hati yang jernih dan betul. Anggapan penting tapi ia perlu di landasan yang betul.
Ketika kini…
Kebahagiaan yang akan kamu kecapi adalah Ketenangan teman-teman mu. Percayalah... Kerana ketenangan kamu, memberi Kebahagiaan kepada teman-teman mu.
Saturday, October 9, 2010
:::IMPIAN:::
Orked teringin sekali berkongsi Impian orked. Setiap insan pasti memiliki impian hidup, begitu juga orked.. Mungkin kita perlu bahagikan impian supaya lebih jelas. Kali ni orked ingat nak kongsi impian kehidupan berkeluarga. Maksud orked keluarga yang bagaimana yang orked inginkan. Bagi orked, bila kita menulis impian kita ia sudah menjadi satu terapi bagi diri kita. Selain kita tahu apa yang kita perlukan, ia juga membantu kita memperbaiki diri bagi mencapai objective hidup.
Okey..!! Kita mula..
Orked inginkan sebuah keluarga yang berlandaskan Islam, bila berlandaskan Islam ini bermakna sekaligus melambangkan keluarga yang Sederhana. Maksudnya, keluarga yang memiliki keperluan yang sederhana, Punyai rumah yang sederhana (yang penting luas dan teratur), hiasan rumah yang kemas dan aman di pandang, bukan hiasan yang terlalu sarat.. Kereta yang sederhana, tidak terlalu mewah... Kenapa sebut pasal rumah dan kereta dulu, sebab bagi orked rumah dan kenderaan adalah aset yang penting dalam keluarga dan ia bukan kehendak tapi keperluan sesebuah keluarga tu.. Masa ada rumah nanti, Orked memang nak sedia kan satu tempat khas untuk solat dan library.. Tambah-tambah lagi jika sudah ada anak.. Tempat solat dan library sangat penting bagi orked. Orked nak anak-anak orked tau solat dan belajar itu penting. Solat sebagai tiang agama dan ilmu itu penyuluh hidup. Mama Orked selalu ingatkan orked, tempat tidur suami perlu di jaga rapi dan perlu sentiasa bersih dan kemas. Masa beli rumah nanti orked tahu kena ikut kemampuan kewangan suami kita, jadi Orked akan cuba untuk tidak beri tekanan pada suami orked dan jika suami orked sudah pun punyai rumah, orked akan terima seadanya, melainkan jika ia tidak sesuai untuk sebuah keluarga orked akan berbincang dahulu. Jika Orked mampu sudah pasti orked akan beli rumah sendiri sekarang... (~_^)... Kalau dapat suasana seperti kampung pasti menyeronokkan. Ia lah, rumah kampung luas..laman pun luas.. bukan macam rumah dibandar rapat-rapat dan semua jiran buat kerja sendiri... ;( Dapat laman luas Orked nak tanam banyak2 bunga, orked nak bunga yang menjalar di pagar.. kalau ada pagola lagi bagus. Pasti cantik.. Orked nak rumput yang menghijau..petang2 dapat berkebun bunga..sambil suami nikmati tea panas buatan orked.. =)
Orked banyak cakap pasal rumahkan, bagi orked asal kereta dapat di guna dan berfungsi dengan baik itu sudah memadai.. lagipun kereta adalah aset yang banyak keluar duit..service, minyak n etc....Sekarang Orked beli kereta. Kereta buatan Malaysia..kita kan perlu ada semangat satu Malaysia!!..hihi.. orked beli saga blm 1.3 auto, warna putih pilihan orked!!..
Tadi tu tentang keperluan utama keluarga yang orked impikan.
Sekarang, Orked ingat nak pikir tentang makanan pula..Orked tak pandai masak, tapi orked memang simpan impian nak masak untuk suami dan anak2. Okey, mungkin ada yang tak setuju dengan orked, tapi ini yang Orked rasa pendirian orked pada keluarga orked nanti untuk bab makanan. Sekiranya Orked berkeluarga nanti, orked tak mau ajar keluarga orked makan nasi itu satu kemestian..;) Orked akan masak selain nasi.. Contohnya, Orked ingat nak masak meehoon ker, selain nasi la... Tapi nasi ada tapi bukan dalam satu hari mesti nasi.. Malam mungkin meehoon ker... Nasi goreng ker... ;) Orked juga tak mau family orked membazir bab-bab makanan nie, tak perlu mewah sangat dalam makanan. Itu bab Makanan. Dalam bab adab makan, Orked akan make sure semua dah ada kat meja baru mula makan. Orked akan suruh suami orked baca doa makan kuat2. ;) Mesti bakal suami Orked kata orked ni poyo.. (tapi orked tulis jer la, bukan tau siapa pun). Tapi orked rasa itu dapat menerapkan akhlak yang baik pada anak-anak nanti, lagipun Insya Allah, tuhan murahkan rezeki kita nanti. Orked harap suatu hari nanti Orked terbuka hati nak belajar masak.. "Ya Allah, aku ingin menjadi isteri dan ibu yang solehah, semoga aku rajin memasak dan menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. Amin."
Bab solat pula. Orked nak ajar anak sedari kecil lagi. Harap2 orked dapat suami yang dapat imam kan solat keluarganya. Orked akan make sure satu keluarga orked berjemaah dan solat di awal waktu. ;) bahagia rasanya duduk bersama sebuah keluarga yang solat di awal waktu dan berjemaah. Insya Allah dapat di amalkan sehingga ke akhir hayat. Biarlah punyai keluarga yang di berkati Allah sentiasa.. Selepas waktu solat orked nak anak-anak orked ambil satu topik agama dan ulaskan di depan keluarga..Insya Allah suatu hari nanti anak-anak Orked akan tahu nasihat menasihati, petah bercakap, pandai agama dan tidak takut untuk bercakap di depan serta sebagainya. Cuti sekolah pula Orked tak kan biar cuti anak-anak terbiar begitu saja, orked ingat nak hantar kem-kem agama atau kepimpinan. Kalau boleh orked akan hantar anak2 orked buat kerja di kampung, biar mereka ada pengalaman dari membazir main game.. ;) Besar sungguh impian orked kan. Semoga tertunai, tapi orked sedar ini hanya sebuah impian..
Amalan sekeluarga.
Insya Allah, sekiranya Orked kahwin suatu hari nanti dengan suami yang telah di takdirkan oleh Tuhan. Orked ingat Orked dengan suami tercinta pilih salah satu zikir untuk di amalkan setiap hari. Contohnya, hari ini Orked sebelum orked dan suami pergi kerja, kami akan pilih satu zikir untuk di amalkan dari pagi sampai ke malam. Contoh nya pagi tu orked ajak suami atau suami ajak orked berzikir macam nie "Hubby, hari nie kita zikir Ya Rahman yee.. " selepas tu kita bersalaman pergi kerja.. Wah... Orked rasa tenang sekali kalau dapat di amalkan satu kerluarga.. Emm..adakah orked terlebih impian.. harap2 tak..;)
Lepas tu, sebelum pergi kerja dan tido, kami bersalaman meminta maaf, dan paling penting bagi Orked, minta suami redha.. (^_^).. Hmm..kenapa tiba2 orked rasa rindu kat suami orked..walaupun orked belum ketemu jodoh.. Rasa-rasa nya ada ke lagi lelaki kat malaysia ni nak amalkan semua nie.. ;(
Apa-apa amalan yang baik, yang boleh di amalkan pasti akan orked turuti.. ;)
Impian orked adalah keluarga yang di berkati Allah dan berlandaskan Islam. Islam suka kan kebersihan. Insya Allah Orked akan make sure rumah sekeliling bersih. Jika di izinkan, moga2 dapat anak2 yang amalkan kebersihan.. ;) Tapi, pasti dimulakan dari ibubapakan.. Anak2 lebih cepat belajar ketika melihat dari mendengar. Orked nak orang2 bukan Islam melihat rumah orang islam sentiasa bersih.
Seandainya keluarga Orked di landa Ujian dan dugaan, Orked akan minta semua ahli keluarga Orked pulang bersungguh-sungguh pada Allah, muhasabah kembali diri jika ada terbuat salah dan insaf. Kemudian sama-sama tingkatkan amalan. ;) Dan dugaan yang mendatang jika di atasi berlandaskan agama, pasti kita tenang selalu dan redha dengan ujian nie, sedangkan Allah pasti sayang..
Orked simpan impian Orked ini sungguh2 dalam hati.. orked rasa ada bab yang orked rasa tak perlu cerita disini. Semua impian ini mungkin tercapai, mungkin tidak. Orked serahkan segalanya pada Allah.. Jodoh orked belum tiba, tapi itu bukan alasan untuk orked bergaul bebas, dan itu juga bukan alasan untuk orked terkejar-kejar mencari lelaki. Jika jodoh tiada di dunia, pasti ada di syurga nanti.. setiap mukmin akan masuk syurga selepas dosa dihisab.
Orked bukan lah dari sekolah agama, banyak yang perlu orked perbaiki diri dari segi ilmu agama, amalan, kemahiran rumahtangga, emosi dan fizikal. Yang pasti Allah sudah tentukan segalanya dan Insya Allah orked redha seadanya.
Friday, October 8, 2010
ADIK AKU...
Hadapi pelbagai perasaan dalam satu hari dari pagi sampai ke malam adalah menakjubkan.. Satu keajaiban kita tak sangka apa akan jadi pada dini hari.. Mungkin pagi tadi bagun dari rasa malas nak pergi kerja. sampai office. Pagi2 kecewa tak dapat makan dengan kawan yang biasa makan sama.. hampir tengah hari rasa cam binggung bila fikirtentang kehidupan dan kewajipan ketika masih hidup.. hampir waktu rehat, teringat mak suruh belikan makanan untuk adik2 kat rumah sebab mak ngan ayah g kuatan.. Beli makanan..tiba2 rasa marah teringat sesuatu yang membuat hati terkilan kerna kelmarin punya peristiwa.. baru nak ballik ke office, adik bongsu bagi tau adik yang special hilang (special kerna dia kanak2 istimewa).. Kerna terlalu yakin dia akan balik kejap lagik.. Jadi dengan rasa malas balik ke office after lunch hour.. Rasa senang hati sebab adik2 kat rumah dah dapat makan tengah hari..sampai jer office, baru nak senang2 duduk.. adik bongsu kat rumah call sebab adik special tak balik2.. Rasa cam nak marah pun ada. Tapi teringat adik yang hilang sangat istimewa.. Rasa serba salah pun ada, sebab terlalu yakin dia akan pulang sendiri.. Telefon berdering-dering semua call suruh balik.. sms pun masuk.. Rasa janggal kejap sebab telefon berdering banyak kali, sms berbunyi, dulu jarang dengar.. Baru perasan, telefon tuu memang jarang guna.. tambah-tambah lagi sejak setahun lebih lalu dah putus dengan X ... Selalu pagi2 sebelum dia g kemas kebun pisang dia, dia akan sms, tanya dah bagun belum.. siapa sangka X boyfriend shireen pekebun.. Apa kisah kerja halal, lagi pun dia buat time cuti semesta.. rasa2 nya time tu lebih rela tengok boyfriend kita berkebun dari boyfriend yang berpoya-poya jer... lebih suka tengok kulit boyfriend gelap sebab berkebun dari bibir gelap sebab kuat merokok..dia pun merokok tapi tak kerap.. Tak tau kenapa masa tu tak ada rasa nak dating sangat, time tu cuma pikir lepas kahwin hari2 boleh jumpa, buat apa pun boleh.. Bangga dapat boyfriend cam tu dulu.. Kalau org lain dok sibuk cerita pasal bf dorang bagi tuu ni semua, buat tuu nie.... aku sikit pun tak heran..Tapi..Itu cerita lama...Sudah tutup buku.. Hasil dan Kebaikan dari hubungan itu adalah muhasabah diri, lebih matang dan dapat adik dan kakak yang baik dan senang hati.. Rasa cam dah tersasul ke tempat lain.. Aku melangkah dengan laju nyer ke kereta yang tak berapa mewah tu tapi berfungsi dengan baik... Abang sulung telefon banyak kali.. aku bagi tau aku on my way to dengkil.. Percaya tak hampir semua kedai kat dengkil aku masuk cari adik faruq... buat2 beli barang pun ada.. kedai service kereta pun aku masuk.. dalam hati aku terdetik.. apa akan jadi pada adik aku nie kalau aku dah tak ada.. kalau emak dan ayah aku dah tak ada... Sedih.. Kecewa dengan nasib, pelbagai kemungkinan aku fikirkan.. Aaaahhhh sape laa aku nak persoalkan kehidupan ini.. Banyak yang dapat aku belajar dari kelahiran adik faruq nie sebenar nye.. Dari dia lahir menerima khabar yang dia di lahir kan sebagai kanak-kanak istimewa.. Pada waktu masih sekolah rendah sudah mengenal erti Redha dengan ketentuan Ilahi.. tentang takdir.. Aku sudah belajar tentang kasih pada kanak2 istimewa, sedangkan kanak2 lain perkataan 'cacat' hanya lah sebagai gurau senda dan bahan lawak... erti sebuah ketabahan aku pelajari dari tabah nya mama dan abah besarkan adik faruq.. Cikgu tak perlu ajar aku erti perkataan tabah atau mama dan abah tak payah terang kan pada aku apa itu tabah.. Hanya melihat mereka mem besarkan adik faruq sudah memadai... Ya Allah, aku tak jumpa adik aku kat dengkil.. Macam mana adik aku boleh keluar dari pekan dengkil nie.. Masa tu aku dah fikir bukan2.. Tiba2 Along call.. dia kata dia tak jumpa, adik bongsu kata dia tak jumpa juga.. Sebenarnya aku nie gabra..di campur dengan perwatakan aku yang memang kelam kabut nie.. Tapi sebab Along aku dah gabra dulu, jadi aku tiba2 bersikap positif dan buat2 everything okey.. Aku cakap aku g alamanda cari adik kat sana. Rasa cam tak logik, cam mana pulak sampai ke putrajaya, adik faruq mustahil dia ingat naik bus.. Aku nak tekan minyak laju2 pun takut, sebab minyak dah nak habis.. Handphone pulak nak habis bateri.. betul2 macam cerita drama.. tengah emergency minyak keta habis la, handphone nak habis bateri laa.. aku pikir lagi pasal adik faruq, mana mungkin dia dapat hidup macam tu jer.. dia pun manusia macam aku.. perlu kehidupan macam orang lain... bila emosi nie yang tak tahan nie.. kecian dia.. dia mesti ada rasa nak keluar dgn kawan2.. dia ada rasa nak enjoy... Pernah dia balik dari sekolah dia bagi tau, dalam gaya dia, cakap satu-satu..' kawan faruq cakap faruq cacat'.. bayangkan perasaan aku..dia paham ker apa tu cacat.. Susah juga kalau kerajaan satu kan sekolah kanak2 khas dengan budak2 biasa... Aku dah nak sampai alamanda.. aku dah tergerak hati nak ke bus stop tepi jalan kat depan tuu... tapi aku pikir, baik aku masuk parking, karang keluar laa ke bus stop.. Aku parking dengan mudah nyer.. seolah-olah Alamanda mengalu-alukan kedatangan aku.. Aku terus turun ke bus stop..
Sedih... Sedih.. sedih tu susah nak d gambarkan..Kecewa... nak meraung pun ada.. Adik aku tahan bus, bus berhenti, kemudian dia tutup pintu dan jalan.. entah dah berapa bus.. Budak2 dekat bus stop senyum2 dalam geng.. Agak nyer dorang rasa kelakar tengok adik aku tahan bus tapi tak tau nak buat apa.. Adik aku nampak lost... Tak ada siapa tanya pun dia nak kemana.. dari seberang jalan tu.. aku menyaksikan kisah adik aku.. kereta dah berlalu.. aku lari anak2 dapatkan adik aku.. Pertama kali dalam hidup aku.. Tiba2 dia tak kenal aku... Aku cakap nie kak ngah laa... Aku dah tak kisah pasal budak2 kat bus stop tu.. aku dah tak kisah pasal orang2 lain kat bus stop tu..
Aku macam tak percaya, dia nampak betul2 lost dan hairan tengok aku.. Dalam seminit baru kenal aku.. Bila dia sedar aku nie kakak dia, dia nampak macam tak terkata apa2.. Bila dah seberang jalan balik, dia senyum tengok aku, adik faruq tunjuk CD yang dia beli.. tajuk CD tuu Cats and Dogs.. aku tengok air muka dia.. masih penat dan kelihatan lega melihat aku.. aku masuk balik alamanda, tujuan aku satu jer.. Belikan dia milo ais.. dan terus balik.. Masa balik, aku berperang dengan emosi.. Tolong laa shireen jangan nangis depan adik faruq...
Aku tak larat nak marah.. aku tak mau dia sedih, sebab dia tengah suka sangat dengan CD yang dia beli.. asyik nak tunjuk aku CD dia jer.. dalam hati aku.. dia bukan nyer paham pun bahaya nya kat luar tu.. dia bukan nya tahu takut...Balik tu aku tiba2 lupa jalan nak ke station minyak, jumpa shell aku isi.. Terus aku tanya cam mana boleh dia sampai ke alamanda.. nak tunggu dia cakap pun satu-satu.. Aku jer laa yang selalu sabar.. Dia naik bus, bus berhenti kat cyberjaya.. Dia pergi rumah lama kat cyber, ambil surat kat dalam peti surat.. dia jalan jumpa orang, ada juga orang baik hati bagi dia biskut.. dia ikut orang naik bus turun bus sampai laa ke alamanda.. bila nak balik rumah, dia tak tahu, mungkin tak ada orang yang sehala ke dengkil, rumah kami...Aku tanya dah lama ke tunggu nak balik.. dia angguk kepala dia..
Aku balik ke opis, bawak sekali adik aku, Ye laa tadi keluar macam gitu jer kena laa balik opis balik.. adik faruq tak pernah masuk opis aku, dia tanya nie opis kak ngah ker.. aku jawab sepatah jer A'ah... aku suruh dia duduk tepi tu.. aku nak buat kerja cikit.. tiba2 aku perasan tak ada orang duduk kat tepi tu.. aku pusing belakang, aku tengok adik aku tengah diri, tunduk minum air miloais yang aku beli.. macam tunggu arahan...muka dia serba salah takut aku marah.. pastu aku pun cakap.. " laa... kan kak ngah suruh duduk kat tepi tu..." dia senyum, faruq mula buat muka seposen dia tu.. dalam hati aku.. Tuhan jer tau...
Aku balik rumah...dia ikut masuk bilik aku... selalu dia terus masuk bilik mak aku.. tapi nie dia masuk bilik aku, siap bawak barang2 dia ngan beg2 dia.. siap susun elok kat tepi dinding bilik aku.. ini apahal pulak nie... sure takut kena marah nie..
Aku pun tak tau nak cakap apa.. Aku harap kalau aku tak ada nanti, mintak2 laa adik2 aku dapat jaga dia.. Kecian tengok muka dia kat bus stop tadi.. tak tau nak cerita macam mana keadaan dia masa tu.. tak tau nak bagi tau adik beradik lain cam mana rupa dia kat bus stop tadi..
Ya Allah.. kasihan kan adik aku.. apa laa yang dia mengerti.. Engkau tentukan setiap takdir manusia.. Maka kami redha setiap takdir kami, aku mohon Ya Allah lindungilah kami kerna engkau adalah sebaik-baik pelindung...
Orked BerDuri
Sedih... Sedih.. sedih tu susah nak d gambarkan..Kecewa... nak meraung pun ada.. Adik aku tahan bus, bus berhenti, kemudian dia tutup pintu dan jalan.. entah dah berapa bus.. Budak2 dekat bus stop senyum2 dalam geng.. Agak nyer dorang rasa kelakar tengok adik aku tahan bus tapi tak tau nak buat apa.. Adik aku nampak lost... Tak ada siapa tanya pun dia nak kemana.. dari seberang jalan tu.. aku menyaksikan kisah adik aku.. kereta dah berlalu.. aku lari anak2 dapatkan adik aku.. Pertama kali dalam hidup aku.. Tiba2 dia tak kenal aku... Aku cakap nie kak ngah laa... Aku dah tak kisah pasal budak2 kat bus stop tu.. aku dah tak kisah pasal orang2 lain kat bus stop tu..
Aku macam tak percaya, dia nampak betul2 lost dan hairan tengok aku.. Dalam seminit baru kenal aku.. Bila dia sedar aku nie kakak dia, dia nampak macam tak terkata apa2.. Bila dah seberang jalan balik, dia senyum tengok aku, adik faruq tunjuk CD yang dia beli.. tajuk CD tuu Cats and Dogs.. aku tengok air muka dia.. masih penat dan kelihatan lega melihat aku.. aku masuk balik alamanda, tujuan aku satu jer.. Belikan dia milo ais.. dan terus balik.. Masa balik, aku berperang dengan emosi.. Tolong laa shireen jangan nangis depan adik faruq...
Aku tak larat nak marah.. aku tak mau dia sedih, sebab dia tengah suka sangat dengan CD yang dia beli.. asyik nak tunjuk aku CD dia jer.. dalam hati aku.. dia bukan nyer paham pun bahaya nya kat luar tu.. dia bukan nya tahu takut...Balik tu aku tiba2 lupa jalan nak ke station minyak, jumpa shell aku isi.. Terus aku tanya cam mana boleh dia sampai ke alamanda.. nak tunggu dia cakap pun satu-satu.. Aku jer laa yang selalu sabar.. Dia naik bus, bus berhenti kat cyberjaya.. Dia pergi rumah lama kat cyber, ambil surat kat dalam peti surat.. dia jalan jumpa orang, ada juga orang baik hati bagi dia biskut.. dia ikut orang naik bus turun bus sampai laa ke alamanda.. bila nak balik rumah, dia tak tahu, mungkin tak ada orang yang sehala ke dengkil, rumah kami...Aku tanya dah lama ke tunggu nak balik.. dia angguk kepala dia..
Aku balik ke opis, bawak sekali adik aku, Ye laa tadi keluar macam gitu jer kena laa balik opis balik.. adik faruq tak pernah masuk opis aku, dia tanya nie opis kak ngah ker.. aku jawab sepatah jer A'ah... aku suruh dia duduk tepi tu.. aku nak buat kerja cikit.. tiba2 aku perasan tak ada orang duduk kat tepi tu.. aku pusing belakang, aku tengok adik aku tengah diri, tunduk minum air miloais yang aku beli.. macam tunggu arahan...muka dia serba salah takut aku marah.. pastu aku pun cakap.. " laa... kan kak ngah suruh duduk kat tepi tu..." dia senyum, faruq mula buat muka seposen dia tu.. dalam hati aku.. Tuhan jer tau...
Aku balik rumah...dia ikut masuk bilik aku... selalu dia terus masuk bilik mak aku.. tapi nie dia masuk bilik aku, siap bawak barang2 dia ngan beg2 dia.. siap susun elok kat tepi dinding bilik aku.. ini apahal pulak nie... sure takut kena marah nie..
Aku pun tak tau nak cakap apa.. Aku harap kalau aku tak ada nanti, mintak2 laa adik2 aku dapat jaga dia.. Kecian tengok muka dia kat bus stop tadi.. tak tau nak cerita macam mana keadaan dia masa tu.. tak tau nak bagi tau adik beradik lain cam mana rupa dia kat bus stop tadi..
Ya Allah.. kasihan kan adik aku.. apa laa yang dia mengerti.. Engkau tentukan setiap takdir manusia.. Maka kami redha setiap takdir kami, aku mohon Ya Allah lindungilah kami kerna engkau adalah sebaik-baik pelindung...
Orked BerDuri
Subscribe to:
Posts (Atom)