Friday, October 22, 2010

Bila kawan yang nak kahwin, Aku pula yang merasai Ketenangan dan Kebahagiaan.

Alhamdullilah..Bila kawan-kawan dah nak kahwin nie, terasa bagaikan satu nikmat dalam diri. Tak terungkap dengan kata-kata. Ketenangan dan kedamaian seolah-olah berpindah pada dalam diri. Hairan sekali, tidak pula aku kisah jika kawan-kawan sudah tidak menemani, malah lebih mendatangkan damai di hati ini. Terasa kembali kehidupan menyinari hidup ku. Malah aku sering berdoa mereka semua cepat di ijab kabul kan secepat mungkin.
Tiada yang lebih baik dari keadaan sekarang.. Tuhan hadirkan kenikmatan untuk aku. Pada mulanya aku hairan kenapa tiba-tiba hadirnya kebahagiaan di hati. Bukan tidak syukuri, tapi tertanya-tanya mana datangnya, apa sebabnya. Sudah di teliti setiap penjuru hati, sudah di nilai tilik hati ini..ternyata datangnya dari Allah yang Maha Esa, hadiah dari tuhan. Ketenangan yang pasti membahagiakan. Alhamdullilah. 
Ahamdullillah...Alhamdulillah...Ahamdullilah...

Aku teringat masa di Kolej, berpeluang mengenali  sahabat-sahabat kaki usrah dulu-dulu, tak sangka aku tidak lagi berjumpa dengan rakan-rakan seperti itu lagi sewaktu melangkah kaki ke dunia perkerjaan. Dunia nya lain. Kawan yang aku kenali ialah kawan yang penuh dengan muslihat dunia. Ada yang tidak ikhlas, ada yang pentingkan diri sendiri.. Ada yang tenggelam timbul.. Ada yang datang di waktu-waktu tertentu saja demi mengejar kepentingan peribadi semata-mata. Ada yang memetingkan pangkat, darjat dan sebagainya. 

Pun Begitu, masih ada segelintir yang baik hati.. ;)

Aku bukan lah berada dalam dunia usrah 100%.. Jika aku nak mengikut pelajaran agama, aku akan ikuti rakan-rakan yang selalu usrah.. Sedikit sebanyak aku tahu mengenai agama. Aku pun kebetulan satu rumah dengan mereka. Menyewa masa belajar tak boleh banyak kisah. Ada rumah yang dekat, kita sewa jer.. Tak sangka dapat rumah yang rajin ber usrah.. Sangka aku masa tu, Allah mahu menjaga aku.
Kenapa masih ada kawan yang datang tenggelam timbul, kadang datang nya bersebab, hairan nya aku tahu maksudnya. Alhamdulliah Tuhan tu Maha Esa, petunjuk jalan.

Semoga Allah menemani  ku selalu.. ;)


No comments:

Post a Comment