Friday, October 8, 2010

ADIK AKU...

Hadapi pelbagai perasaan dalam satu hari dari pagi sampai ke malam adalah menakjubkan.. Satu keajaiban kita tak sangka apa akan jadi pada dini hari.. Mungkin pagi tadi bagun dari rasa malas nak pergi kerja. sampai office. Pagi2 kecewa tak dapat makan dengan kawan yang biasa makan sama.. hampir tengah hari rasa cam binggung bila fikirtentang kehidupan dan kewajipan ketika masih hidup.. hampir waktu rehat, teringat mak suruh belikan makanan untuk adik2 kat rumah sebab mak ngan ayah g kuatan.. Beli makanan..tiba2  rasa marah teringat sesuatu yang membuat hati terkilan kerna kelmarin punya peristiwa.. baru nak ballik ke office, adik bongsu bagi tau adik yang special hilang (special kerna dia kanak2 istimewa).. Kerna terlalu yakin dia akan balik kejap lagik.. Jadi dengan rasa malas balik ke office after lunch hour.. Rasa senang hati sebab adik2 kat rumah dah dapat makan tengah hari..sampai jer office, baru nak senang2 duduk.. adik bongsu kat rumah call sebab adik special tak balik2.. Rasa cam nak marah pun ada. Tapi teringat adik yang hilang sangat istimewa.. Rasa serba salah pun ada, sebab terlalu yakin dia akan pulang sendiri.. Telefon berdering-dering semua call suruh balik.. sms pun masuk.. Rasa janggal kejap sebab telefon berdering banyak kali, sms berbunyi, dulu jarang dengar.. Baru perasan, telefon tuu memang jarang guna.. tambah-tambah lagi sejak setahun lebih lalu dah putus dengan X ... Selalu pagi2 sebelum dia g kemas kebun pisang dia, dia akan sms, tanya dah bagun belum.. siapa sangka X boyfriend shireen pekebun.. Apa kisah kerja halal, lagi pun dia buat time cuti semesta.. rasa2 nya time tu lebih rela tengok boyfriend kita berkebun dari boyfriend yang berpoya-poya jer... lebih suka tengok kulit boyfriend gelap sebab berkebun dari bibir gelap sebab kuat merokok..dia pun merokok tapi tak kerap.. Tak tau kenapa masa tu tak ada rasa nak dating sangat, time tu cuma pikir lepas kahwin hari2 boleh jumpa, buat apa pun boleh.. Bangga dapat boyfriend cam tu dulu.. Kalau org lain dok sibuk cerita pasal bf dorang bagi tuu ni semua, buat tuu nie.... aku sikit pun tak heran..Tapi..Itu cerita lama...Sudah tutup buku.. Hasil dan Kebaikan dari hubungan itu adalah muhasabah diri, lebih matang dan dapat adik dan kakak yang baik dan senang hati..  Rasa cam dah tersasul ke tempat lain.. Aku melangkah dengan laju nyer ke kereta yang tak berapa mewah tu tapi berfungsi dengan baik... Abang sulung telefon banyak kali.. aku bagi tau aku on my way to dengkil.. Percaya tak hampir semua kedai kat dengkil aku masuk cari adik faruq... buat2 beli barang pun ada.. kedai service kereta pun aku masuk.. dalam hati aku terdetik.. apa akan jadi pada adik aku nie kalau aku dah tak ada.. kalau emak dan ayah aku dah tak ada... Sedih.. Kecewa dengan nasib, pelbagai kemungkinan aku fikirkan.. Aaaahhhh sape laa aku nak persoalkan kehidupan ini..  Banyak yang dapat aku belajar dari kelahiran adik faruq nie sebenar nye.. Dari dia lahir menerima khabar yang dia di lahir kan sebagai kanak-kanak istimewa.. Pada waktu masih sekolah rendah sudah mengenal erti Redha dengan ketentuan Ilahi.. tentang takdir.. Aku sudah belajar tentang kasih pada kanak2 istimewa, sedangkan kanak2 lain perkataan 'cacat' hanya lah sebagai gurau senda dan bahan lawak... erti sebuah ketabahan aku pelajari dari tabah nya mama dan abah besarkan adik faruq.. Cikgu tak perlu ajar aku erti perkataan tabah atau mama dan abah tak payah terang kan pada aku apa itu tabah.. Hanya melihat mereka mem besarkan adik faruq sudah memadai... Ya Allah, aku tak jumpa adik aku kat dengkil.. Macam mana adik aku boleh keluar dari pekan dengkil nie.. Masa tu aku dah fikir bukan2.. Tiba2 Along call.. dia kata dia tak jumpa, adik bongsu kata dia tak jumpa juga.. Sebenarnya aku nie gabra..di campur dengan perwatakan aku yang memang kelam kabut nie..  Tapi sebab Along aku dah gabra dulu, jadi aku tiba2 bersikap positif dan buat2 everything okey.. Aku cakap aku g alamanda cari adik kat sana. Rasa cam tak logik, cam mana pulak sampai ke putrajaya, adik faruq mustahil dia ingat naik bus.. Aku nak tekan minyak laju2 pun takut, sebab minyak dah nak habis.. Handphone pulak nak habis bateri.. betul2 macam cerita drama.. tengah emergency minyak keta habis la, handphone nak habis bateri laa.. aku pikir lagi pasal adik faruq, mana mungkin dia dapat hidup macam tu jer.. dia pun manusia macam aku.. perlu kehidupan macam orang lain... bila emosi nie yang tak tahan nie.. kecian dia.. dia mesti ada rasa nak keluar dgn kawan2.. dia ada rasa nak enjoy... Pernah dia balik dari sekolah dia bagi tau, dalam gaya dia, cakap satu-satu..' kawan faruq cakap faruq cacat'.. bayangkan perasaan aku..dia paham ker apa tu cacat.. Susah juga kalau kerajaan satu kan sekolah kanak2 khas dengan budak2 biasa... Aku dah nak sampai alamanda.. aku dah tergerak hati nak ke bus stop tepi jalan kat depan tuu... tapi aku pikir, baik aku masuk parking, karang keluar laa ke bus stop.. Aku parking dengan mudah nyer.. seolah-olah Alamanda mengalu-alukan kedatangan aku.. Aku terus turun ke bus stop..



Sedih... Sedih.. sedih tu susah nak d gambarkan..Kecewa... nak meraung pun ada.. Adik aku tahan bus, bus berhenti, kemudian dia tutup pintu dan jalan.. entah dah berapa bus.. Budak2 dekat bus stop senyum2 dalam geng.. Agak nyer dorang rasa kelakar tengok adik aku tahan bus tapi tak tau nak buat apa.. Adik aku nampak lost... Tak ada siapa tanya pun dia nak kemana.. dari seberang jalan tu.. aku menyaksikan kisah adik aku.. kereta dah berlalu.. aku lari anak2 dapatkan adik aku.. Pertama kali dalam hidup aku.. Tiba2 dia tak kenal aku... Aku cakap nie kak ngah laa... Aku dah tak kisah pasal budak2 kat bus stop tu.. aku dah tak kisah pasal orang2 lain kat bus stop tu..

Aku macam tak percaya, dia nampak betul2 lost dan hairan tengok aku.. Dalam seminit baru kenal aku.. Bila dia sedar aku nie kakak dia, dia nampak macam tak terkata apa2.. Bila dah seberang jalan balik, dia senyum tengok aku, adik faruq tunjuk CD yang dia beli.. tajuk CD tuu Cats and Dogs.. aku tengok air muka dia.. masih penat dan kelihatan lega melihat aku.. aku masuk balik alamanda, tujuan aku satu jer.. Belikan dia milo ais.. dan terus balik.. Masa balik, aku berperang dengan emosi.. Tolong laa shireen jangan nangis depan adik faruq...



Aku tak larat nak marah.. aku tak mau dia sedih, sebab dia tengah suka sangat dengan CD yang dia beli.. asyik nak tunjuk aku CD dia jer.. dalam hati aku.. dia bukan nyer paham pun bahaya nya kat luar tu.. dia bukan nya tahu takut...Balik tu aku tiba2 lupa jalan nak ke station minyak, jumpa shell aku isi.. Terus aku tanya cam mana boleh dia sampai ke alamanda.. nak tunggu dia cakap pun satu-satu.. Aku jer laa yang selalu sabar.. Dia naik bus, bus berhenti kat cyberjaya.. Dia pergi rumah lama kat cyber, ambil surat kat dalam peti surat.. dia jalan jumpa orang, ada juga orang baik hati bagi dia biskut.. dia ikut orang naik bus turun bus sampai laa ke alamanda.. bila nak balik rumah, dia tak tahu, mungkin tak ada orang yang sehala ke dengkil, rumah kami...Aku tanya dah lama ke tunggu nak balik.. dia angguk kepala dia..


Aku balik ke opis, bawak sekali adik aku, Ye laa tadi keluar macam gitu jer kena laa balik opis balik.. adik faruq tak pernah masuk opis aku, dia tanya nie opis kak ngah ker.. aku jawab sepatah jer A'ah... aku suruh dia duduk tepi tu.. aku nak buat kerja cikit.. tiba2 aku perasan tak ada orang duduk kat tepi tu.. aku pusing belakang, aku tengok adik aku tengah diri, tunduk minum air miloais yang aku beli.. macam tunggu arahan...muka dia serba salah takut aku marah.. pastu aku pun cakap.. " laa... kan kak ngah suruh duduk kat tepi tu..." dia senyum, faruq mula buat muka seposen dia tu.. dalam hati aku.. Tuhan jer tau...

Aku balik rumah...dia ikut masuk bilik aku... selalu dia terus masuk bilik mak aku.. tapi nie dia masuk bilik aku, siap bawak barang2 dia ngan beg2 dia.. siap susun elok kat tepi dinding bilik aku.. ini apahal pulak nie... sure takut kena marah nie..

Aku pun tak tau nak cakap apa.. Aku harap kalau aku tak ada nanti, mintak2 laa adik2 aku dapat jaga dia.. Kecian tengok muka dia kat bus stop tadi.. tak tau nak cerita macam mana keadaan dia masa tu.. tak tau nak bagi tau adik beradik lain cam mana rupa dia kat bus stop tadi..

Ya Allah.. kasihan kan adik aku.. apa laa yang dia mengerti.. Engkau tentukan setiap takdir manusia.. Maka kami redha setiap takdir kami, aku mohon Ya Allah lindungilah kami kerna engkau adalah sebaik-baik pelindung...


Orked BerDuri

No comments:

Post a Comment