Apakah betul apa yang diperkatakan oleh Artikel di bawah, JIKA YA, masih belum belajar lagi dari kesilapan lampau. tidak belajar kah dari akhlak muda mudi yang buruk, jenayah berleluasa, bunuh membunuh, anak luar nikah sudah banyak, penyakit berjangkit, malah ada umur budak 12 tahun sudah pandai bersekedudukan. Maksud saya disini, ini amaran dari Tuhan dan kesilapan kejadian-kejadian di atas adalah dari tangan manusia sendiri. Tiada kah rasa bersalah di dalam diri sebagai pemimpin yang memimpin negara, dan beragama Islam sepatutnya patuhi panduan halal dan haram dalam agama.
Ambillah tahu akan akhlak rakyat, anak muda mudi sekarang. Cuba perbaiki jalannya, jika kementerian ini cuba mengambil inisiatif untuk mencari jalan supaya mengurangkan dan membanteras pembuangan bayi, mana mungkin jadi kenyataan jika kementerian lain pula tidak berkerjasama. Malah saya merasakan Pucuk pemimpin itu sendiri perlu bergeras selari dengan lain. Masalah jenayah adalah tanggangjawab bersama.
Belajar lah dari Islam itu sendiri. Bagaimana Islam itu dapat menakluk bumi ini sewaktu dulu. Malah membawa kebaikan dan keamanan kepada bangsa dan agama lain.
Biar pun mahu meningkatkan ekonomi negara mungkin ada cara yang lebih baik dan halal. Bukankah Agama rasmi Malaysia adalah Islam.
| ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina | |||
|
Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.
Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.
Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Kriteria berkenaan adalah:
- Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
- Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
- Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan
Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.
Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan
Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
No comments:
Post a Comment