Tuesday, September 14, 2010

kerna orked itu berduri




Senang dekat.. 

Tapi Susah nak melekat


tiada rupa bukan penyekat

Prinsip diri jangan sekerat-sekerat
Tekad dalam diri supaya rezeki tak tersekat-sekat...

Agama pelindung membimbing diri

Angin bertiup kencang...
Amarah duri datang..

Teguh berdiri... walau hati menyendiri.. 
Siapa sangka kelembutan hanya menghiasi..
Menghiasi keteguhan dalam diri...


Kesopanan disusuli keayuan, pasti!!..
tetapi..
Agama disusuli damai di hati, mesti!!..


Ibu dan Ayah menangisi,
Anak berdiri..

Siapa tiada duri


Dia d murkai..


Siapa sangka anak yang lemah berdiri dahulu..
Tiada sangka anak yang kuat berdiri segan silu..


Ibu dan Ayah pasti menyaksi..
Siapa yang duri suci..
Siapa yang duri suri .. 

Duri itu suci..
penerima takdir seikhlas hati..
walau tiada yang sudi...
Hati damai kerna cinta Ilahi..

Keras hati..supaya hidup tak bertepi...
diri nampak menyepi..
jangan salah tafsiri...
Hati memang suka menyendiri...



 nurkilan ; Orked BerDuri..

waktu   ; Malam yang suam..
faktor   ; Hening Di Hati
punca   ; Embun mengalir lagi






Monday, September 13, 2010

Isu Bakar al-Quran Semakin Menjadi-jadi - Sedarlah Umat Islam

Isu Bakar al-Quran Semakin Menjadi-jadi - Sedarlah Umat Islam PDF Print E-mail
Selasa, 14 September 2010 09:09
protestprotestAl-Quran dihina depan Rumah Putih

WASHINGTON: Empat kejadian mengoyak dan membakar al-Quran dilaporkan berlaku di New York dan Tennessee, Amerika Syarikat meskipun seorang paderi konservatif di Florida membatalkan rancangan membakar kitab suci itu semata-mata kerana memprotes pembinaan sebuah masjid dekat lokasi serangan 9/11 atau ‘Ground Zero’.   Dalam kejadian di depan Rumah Putih, sekumpulan penganut Kristian Konservatif mengoyak beberapa muka surat satu naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11.  Sambil mengoyak, mereka menjerit: “Kata-kata palsu bahawa Islam adalah agama keamanan mesti dihentikan.”

Seorang daripada mereka kemudian berkata: “Satu-satunya sebab saya tidak membakarnya dalam kawasan Rumah Putih ialah melakukannya adalah jenayah.

Bangunan berkembar (Pusat Dagangan Dunia) musnah kerana al-Quran dan ajarannya.”

Dalam kejadian lain di Lower Manhattan, seorang lelaki yang membantah pembinaan masjid itu mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah al-Quran sebelum membakarnya.  Dalam kejadian ketiga, seorang lagi lelaki mengoyakkan dan membuat isyarat lucah dengan kitab suci itu, mengejutkan orang lain yang melihatnya.

Di satu daerah dekat Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api untuk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah al-Quran dan menggelar Islam ‘agama palsu.’ Tiada tangkapan dibuat.

Kejadian berlaku sehari selepas Terry Jones, paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, membatalkan niatnya membakar al-Quran.

Sementara itu, dalam cubaan mengurangkan ketegangan, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa Islam bukan musuh sempena sambutan tragedi 9/11.

Bercakap di Pentagon, Obama berkata: “Sebagai rakyat Amerika, kita tidak akan dan tidak pernah berperang dengan Islam.

“Ia bukan satu agama yang menyerang kita pada September. Penyerang adalah al-Qaeda dan mereka adalah sekumpulan lelaki yang menyimpang daripada agama itu,” kata Obama.  Tetapi, itu tidak menghalang beribu-ribu orang yang menyokong dan membantah pembinaan masjid daripada melakukan perarakan dekat Ground Zero sambil dikawal anggota polis.

Kumpulan yang menyokong pembinaan masjid, seramai 1,500 orang, berarak ke tapak pembinaannya tidak jauh dari Ground Zero disusuli sekumpulan yang membantahnya, tidak lama selepas itu.

Ahli perundangan Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders berucap kepada kumpulan memprotes itu dengan berkata: “Di sinilah tempat kita halang mereka. Jangan benarkannya supaya New York tidak menjadi New Mecca (Makkah Baru).” – Agensi

Sumber: Berita Harian 13/09/10

Semoga Allah SWT Melaknat Mereka. Hanya Khilafah Yang Akan Mengajar Kebiadaban Mereka Yang Terlaknat Itu.

Firman Allah SWT: ”Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. [TMQ Al-Hijr (15) :9].

”Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”. [TMQ At-Taubah (9) : 32].

Ternyata kebencian golongan kuffar terhadap Islam tidak dapat disembunyikan lagi. Kenyataan yang keluar dari pihak kuffar di atas sudah cukup menggambarkan betapa bencinya mereka kepada Islam dan umat Islam.

Kebiadaban yang mereka tujukan kepada Islam berlaku secara berterusan dan apakah mungkin selepas dari ini mereka akan menghalakan kebencian mereka kepada Kaabah? Sesuatu yang tidak mustahil. Jika dahulu tentera Abrahah telah cuba untuk menghancurkan Kaabah, kini tidak mustahil tentera Abrahah moden akan muncul untuk melakukan perkara yang sama. Firman Allah SWT:

”Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, - Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -

Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat”. [TMQ Al-Fiil (105) :1-5].

Ketahuilah wahai seluruh umat Islam! Jika dahulu ketika nabi SAW menghantar utusan ke Parsi untuk menyampaikan surat baginda bagi menyerukan Islam kepada kerajaan Parsi, rajanya ketika itu yang bernama Yazdajir telah mengoyakkan surat Rasulullah SAW tersebut. Dan apabila baginda SAW mendengar berita tersebut baginda terus berdoa dengan mengatakan: ”Ya Allah sebagaimana dia mengoyak-ngoyak suratku maka engkau koyak-koyakkanlah kerajaannya”. Terbukti kerajaan majusi Parsi akhirnya dileburkan oleh Khalifah Umar al-Khattab di bawah pimpinan Huzaifah ibnu Yaman yang telah meraih kemenangan mengalahkan tentera Parsi dalam peperangan Nahawand pada tahun 21H/642M. Peperangan ini juga dikenali dengan nama “Fathul futuh” (Penaklukan terbesar). Dengan kemenangan itu, kaum Muslimin telah meruntuhkan Dinasti Sasania yang telah berkuasa di Parsi selamaempat abad lamanya. Kehebatan Islam terserlah dan terjaga dengan adanya kekuatan yang didokong oleh negara Khilafah.

Wahai seluruh umat Islam! Kebiadaban kuffar Barat hanya akan terjawab sekiranya kekuatan Khilafah itu wujud di tengah-tengah kehidupan umat. Sudah saatnya Khilafah berdiri bagi membela dan mempertahankan Islam dan umat Islam.

Kenapa Umat Islam Tak Bakar Bible?

 Saya percaya semua orang dapat berfikir dengan akal fikiran yang sihat bahawa menghormati agama lain adalah salah satu sikap yang perlu dipatuhi, malah ia dapat difikir secara logik untuk saling hormat menghormati sesama bangsa dan agama. Kita dapat lihat bagaimana agama Islam adalah ajaran yang paling bertoleransi. Di kala negara barat melarang wanita islam memakai tudung, kita masih menghormati gereja yang berada di kawasan rumah kita. Negara-negara barat yang menyatakan bahawa mereka lah yang paling kedepan dan maju, ternyata salah sekali setelah melihat bagaimana tindakan yang mereka ambil tehadap wanita islam yang menutup tubuh mereka demi menjaga maruah dan harga diri. Hairan sekali apabila mereka memberi perhatian melebih terhadap perempuan islam yang menutup tubuh  demi menjaga harga diri tetapi tidak kepada wanita-wanita mereka yang mengandung luar nikah dan memakai pakaian yang terdedah di luar batasan. Apakah arah tujuan hidup dan visi negara mereka.


berbalik pada topik Kenapa Umat islam Tak Bakar Bible?

Saya copy past dari blog berikut :

http://pustakaalmanhar.com/2010/09/kenapa-umat-islam-tak-bakar-

Rabu, 2010 September 08

Kenapa Umat Islam Tak Bakar Bible?

Oleh: Ahmad Henry


Tindakan seekor malaon (paderi), Terry Jones dari gereja Dove World Outreach Center, US yang ingin membakar Al-Quran sempena memperingati peristiwa 11 September benar-benar mengguris hati umat Islam seluruh dunia. Tindakan itu katanya dibuat demi memenuhi falsafah ‘Anti Islam” yang didukung oleh beliau.

Jika dilihat dari sudut moral, tiada dilema moral diperlukan untuk mengesahkan bermoral atau tidak perbuatan beliau itu. Nilai sejagat akan mengatakan perbuatan ini sebagai gila dan sewel. Maka tidak perlu mengambil masa untuk berfikir apakah perbuatan ini baik atau buruk? Melainkan kalau orang itu mereng.

Tapi mengapa ia dilakukan oleh orang tertinggi dalam sebuah gereja, . . . orang beragama yang sepatutnya mengajarkan tentang kasih sayang dan saling menghormati tidak kira sesiapa pun? Alasan kononnya Islam mengajarkan keganasan hanya dengan mengambil kira satu dua peristiwa tidak kuat untuk menghalalkan tindakan beliau.

Apa yang dilakukan oleh Kristian sejak zaman berzaman terhadap Islam dan isi dunia lebih zalim dah busuk sekali. Lihat bagaimana pemimpin Kristian sanggup membunuh utusan Nabi S.A.W beberapa lama dalam peristiwa perang Mutah. Padahal pemimpin kerajaan Kristian sendiri mengakui bahawa para utusan tidak boleh diapa-apakan.

Lihat bagaimana Kerajaan Kristian menghancurkan masjid dan membakar Al-Quran apabila berjaya menakluk kerajaan Islam di Palestin dalam peristiwa yang berlaku ratusan tahun dulu. Tapi apabila Umar Al-Khatab berjaya mengambil alih Palestin, Baginda R.A membiarkan gereja-gereja malah kitab-kitab agama tersebut dalam keadaan sejahtera. Para tawanan juga tidak diapa-apakan. Malah mereka sejahtera di bawah kepimpinan Islam.

Dalam sejarah imperialisme dan kolonialisme seluruh dunia, siapakah yang melakukan itu? Apakah mereka itu Islam? TIDAK. Mereka semua beragama Kristian. Pengecualian hanya bagi Jepun. Selain itu semua Kristian.

Britain, Spanyol, Portugis, Perancis, AS, ini semua negara Kristian. Sepanyol misalnya, matlamat imperialisme mereka melalui slogan 3 G iaitu Gold, Gospel, dan (lupa). Gospel jelas menunjukkan mereka berdendam atas peristiwa kekalahan dalam Crusade atau Perang Salib dengan umat Islam. Lalu mereka berhasrat untuk memaksakan agama Kristian diterima di negeri yang dijajah. Hasilnya, lihatlah apa yang berlaku terhadap Filipina. . . sebuah negara yang sangat kondusif menindas umat Islam di Selatan negara itu.

Sejarah di atas tidak akan dapat dipadam. Kerana penganut agama itu sendiri menjadi sebahagian penulisnya. Tapi mereka tidak belajar sejarah. Mereka terlebih suka merujuk komik lucah sebagai panduan moral. Lalu mereka mengatakan Islam mengajar umatnya menjadi ganas. Padahal mereka tidak mengkaji pun.

Kalau kita lihat debat antara tokoh Islam seperti Ustaz Zakir Naik, Allahyarham Ahmad Dedat dengan pastor-pastor Kristian, tokoh-tokoh Islam ini boleh bercakap spontan ketika membahaskan sama ada isi Al-Quran, bible, mahupun kitab-kitab lain. Mereka menghafalnya dengan lancar. Cuba lihat pastor-pastor pula. Nak membahas bible pun tercari-cari muka surat. Jadi, atas landasan apa mereka mengatakan Al-Quran itu tidak benar? Kitab sendiri pun mereka tergagap-gagap, apakah mereka sudah mengkaji Al-Quran?

Saya tidak gila seperti paderi ini untuk membakar bible. Saya waras, bukannya sewel. Islam mengajar umatnya berkasih sayang tidak kira bangsa atau agama. Jika Islam membenarkan bakar bible, sudah lama planet bumi ini hancur. Kerana pastinya Kristian akan membalas dendam terhadap Umat Islam. Begitu juga Islam, pasti mereka akan membalas dendam jika ada umatnya dibunuh.

Saya masih ingat bagaimana seorang rakan saya dikurniakan senaskah bible ketika masih belajar di sebuah IPT. Beliau merupakan ‘orang surau’. Beliau membaca bible itu. Meletakkannya di tempat yang baik-baik. Tidak mencelanya. Ketika itu saya tertanya dalam hati. Apakah kalau saya berikan Al-Quran kepada bukan Islam, Al-Quran itu akan dimuliakan? Sedangkan askar US menjadikan Al-Quran sebagai bidikan latihan menembak di Iraq.

Islam bukan agama yang boleh dimain-mainkan. Bukan seperti yang dilakukan oleh Mr. Bean. Boleh menggunakan agama sebagai bahan lawak. Menjadikan ritual agama dalam gereja sebagai sumber gelak ketawa. Ini lambang kegagalan.

Agama Islam mengajarkan umatnya supaya peka. Sebab itu umat Islam amat sensitif. Kalau dilihat Islam dalam alam Melayu, yang tak pernah solat lima waktu pun melenting habis jika agamanya dihina. Bagaimana pula yang berpegang teguh kepada ajaran Islam? Fikirkan!


Tuesday, September 7, 2010

pakaian dan saya..

Muslimah wear.. (^_^)..

Okey :
Syarat mesti :
Longgar (tak ikut bentuk badan),
Tidak Jarang
Warna yang tidak menarik perhatian orang,
Tiada bonggol unta(sanggul tinggi dalam tudung),
Tudung bawh paras dada (perIngatan bagi diri sendiri eh..Kadang2 masih fail bab nie)

Kadang-kadang tuu search jugak muslimah wear.. Emm...susah juga, dah macam2.. Nak lawan nafsu dalam diri nie pun susah... Ye laa.. tuu cantik...macam nie cantik... masalah nyer di terima pakai dalam Islam tak nie.. maklum laa.. mana tau dalam banyak2 website tu ada agenda-agenda barat atau kafit laknatullah yang cuba menggunakan muslimah cam kite nie untuk berfashion dan menarik perhatian jejaka2 muslim.. Wahai diri... kuat lah...

Hmm...pening2... kadang2 fikir jugak.. adakah btol baju kurung tuu menutup aurat...?.. kalau secara logiknya laa kan.. even u pakai baju kurung, tapi warna mak aii... meriah.. menarik perhatian.. Kadang-kadang tu siap ter nampak bentuk body..cam mana tu...  Nauzubillah.. (Ingatan Untuk Diri aku ni)

Tapi dalam banyak2 baju yang sopan kat malaysia nie, baju kurung dan jubah jer.. Syarat nya.. Baju kurung itu kena longgar dan tak menarik perhatian orang.. (Kata aku memberi peringatan pada diri sendiri..bukan orang lain..) Okeh!! sekarang tengah cuba eksperimen baru nie.. Pakai baju kurung, warna sedikit dark/gelap dan tiada corak... buat setakat nie semua tegur cantik.. Heran kan, baju kurung kain kosong pun orang kata cantik.. Agak-agak nya, kata saraf2 dalam kepala aku mungkin dorang perli aku atau saja memuji ambil hati atau.... tak kut..tak... tak mungkin aku cantik..hahahaha... (Aish...ingat..ingat... perempuan ada seribu perasaan tapi itu bukan alasan untuk perasan..OK!! ingat..)

A..haa... sebab tuu Jubah ada.. Kadang2 rasa cam pergi kerja hari2 nak pakai Jubah, tapi kan aku sangat laa takut, tiba2 ada yang berbisik dari hati... "Aku takut orang kata aku nie Alim.." .... Nie laa masalah aku, dan aku risau dengan pembawaan aku dengan memakai Jubah, orang akan kata baik nye awak...alim nyer awak.. Dalam hati.." Akak...saya bukan sekolah agama, tapi saya suka agama saya, saya tak alim, tapi saya suka kalau dapat orang alim membimbing diri.." ... "kalau laa aku berjaya menjadi wanita solehah dan alim seperti yang di sangka kan..emm bagus tuu..".... (//nak buat baik@ nak patuh pada peraturan tak payah dengar apa orang fikirkan-perIngatan pada diri aku//)

Dengan kata lain, saya memakai pakaian islam, pasti orang melihat imej islam.. Kena jaga ahklak dan menjaga nama baik agama.. Itu yang merupakan ujian bagi kaum perempaun islam.. Seperti yang selalu kita dengar ..."eleh...pakai jer tudung tapi....".... Emm tuu dia...ayat tuu kadang membuat hati sesak...kadang rimas... Orang yang mengata pun tak berapa bijak (dosa tiada kaitan dengan dosa yang lain dalam bab aurat.. cth: langgar trafik light..Polis hanya saman sebab langgar trafik light..polis tak cakap "sebab kau langgar trafik light aku saman jugak kau sebagai tak pakai topi keledar"..walau pun penunggang motosikal tu pakai topi keledar... Hah nampak tak?..contoh yang aku rasa cukup jelas...

Zaman sekarang saya rasa Jubah adalah yang terbaik.. kalau tak mampu... baju kurung jer....
Dan saya ada jumpa satu website untuk pakaian muslimah 

(tapi saya tak tau adakah ia menepati syarat-syarat dalam islam... tapi setakat nie saya tengok ia longgar dan warna pun tak semeriah baju kurung orang malaysia..)

website : Shukronline.com
Jubah website :  maratussolehah.com


tentang sanggul unta tuu cam nie.. tengok hadis di bawah ;

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Ini yang saya takut terjadi pada diri saya.., saya punya rambut bawah paras bahu, bila nak pakai tudung perlu ikat rambut dengan rapi dan simpul kan supaya tidak terkeluar.. Jadi, kadang-kadang tu saya cuba untuk tidak ikat/sanggulkan terlalu tinggi, besar dan kecil bergantung pada rambut panjang mana.. Tapi saya still adjust supaya kecil kan. Terutama sekali kalau saya pakai tudung Syria dan Inner.. Tudung Syria dan inner sudah menjadi trend perempuan2 sekarang, tapi selalu saja yang ikat sanggul tinggi-tinggi..yang tinggi sangat tu melampau juga.. Semoga suatu hari nanti mereka sedar.. Insya Allah....walaupun rasa nya sudah terima email peringatan oleh seorang kakak nie.. tapi masih ada yang buat... (terima kasih pada kakak tu..)  
Saya takut sebenarnya, selalu jugak adjust supaya tak nampak sanggul tinggi sangat... Saya suka pakai tudung Syria dan inner nie sebab ia kemas. Hingga kan emak saya juga komen saya nampak kemas dan bersih pakai tudung jenis Syria.. dan saya selalu kena bayaran tambahan sebab minta tambah pada size.. Sebab yang selalu jual size S dan M saja.. Kalau nak size L kena tambah RM5.00 untuk satu tudung.. Anggaran tudung Syria dan Inner sekali dalam RM30.00+RM5.00 = RM35.00 satu...
Saya rasa saya perlu perbaiki lagi cara pakaian saya.. ;)
Nie kena belajar lagi nie... supaya jadi lagi baik!! ...(^_^).. Cayok2..

Semoga murah rezeki dan mudah urusan dalam perbaiki urusan pakaian saya nie..Amin..
 

Monday, September 6, 2010

Hanya Kerna Demi Mu untuk segalanya...

Menurunkan ego demi mengapai ampunan Mu Ya Allah,
ku runtuhkan egoku,
dengan meminta maaf pada yang mengguriskan hati ini,
demi mengharapkan redha Mu Ya Allah,
aku memaafkan bagi yang mencalarkan hati ini,
Siapa aku untuk terus menghukum,
Jika Engkau Maha Pengampun,
Ini kan aku manusia, makhluk Mu..
Demi itu,
Ya Allah, aku mohon ampun dosa-dosaku..wahai yang Maha Pengampun

Demi Mu,
Aku cuba mematuhi Mu,
Aku perempuan,
Punyai rasa untuk cantik selalu,
Punyai rasa ingin pelbagai gaya lagi menawan,
Larangan Mu dalam aurat muslimah Mu,
Aku cuba..
dan terus cuba..
Aku redha dengan undang-undang Mu,
Tapi aku cukup sempurna dengan sifat terpencil bagi mereka..
terpencil dalam gaya,
terpencil dalam kecantikan,
terpencil dalam kewujudan antara mereka,
terpencil segala-galanya,
TETAPI,
Aku cukup bebas..
Aku bebas menjadi hamba fesyen yang pelbagai,
Aku bebas dari tuntutan fesyen-fesyen seperti badut!!
Aku bebas daripada menjadi hamba barat,
Aku bebas dari senjata yahudi untuk menjatuh kan para jejaka muslim,
Aku bebas dari senjata syaitan yang mengguna wanita sebagai pengoda lelaki,.
Aku bebas dari menjadi ahli wanita murahan,
Aku bebas dari membuat para lelaki lemas dan rimas dalam nafsu apabila memandang..
Ya!!!
Aku Bebas!
Aku bebas dari Semua Itu!!...




Aku..
Salah satu muslimah yang sendirian,
Ya Allah kau takdirkan aku masih sendirian..
Sedih?..
Tak mungkin.. Aku redha dengan takdirnya..
Jauh sekali membenci takdir ke atas diriku..
Wahai Tuhan ku,
Adakah Kau sedang menguji aku,
Ya Allah,
Aku tetap bersama Mu, 
Aku tak kan membenci Engkau walau apa pun ujian yang Engkau turunkan pada aku,
Insya Allah aku akan pelihara diri aku sebaiknya..
Aku tidak akan menunjukkan aurat dan membuka pakaian aku,
Hanya semata-mata mahukan lelaki tertarik sekali gus meminangku.. Tak kan sekali pun...
Aku usaha untuk tidak akan mengoda sesiapa,
Aku cuba..dan terus cuba untuk tidak ada pergaulan yang melanggar batas-batas..
Insya Allah aku lulus ujian Mu..
Cuma,
kala Kau takdirkan aku sendiri,
Tiada yang membimbing,
Tiada yang melindungi,
Tiada yang Menyayangi,
dengan penuh rasa kehambaan pada MU Ya Allah..
Kau lah pemberi Pentunjuk dan membimbing aku..
Kau lah sebaik-baik Pelindungku
Kasih sayang dan cinta Engkau lah yang aku harap dan damba kan..

Hanya Kerna Demi Mu Tuhan untuk segalanya..

-Orked BerDuri-








Mengapa Wanita memerlukan Lelaki?

Di pertontonkan artikel dari lluvislam.com.

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Pesanan untuk Bakal Isteri dan Isteri

Artikel ini saya dapat dari kafemuslimah.com.

Saya cuma ingin berkongsi ilmu yang saya dapati sangat berguna pada seorang isteri. Bagi yang single macam saya, kita boleh baca sebagai persediaan. Jodoh di tangan tuhan, kita serahkan pada Allah berbekalkan doa sebagai usaha yang terbaik. Jika tidak punyai Jodoh di dunia, maka kita redha kerna dunia bukan abadi, tapi akhirat adalah destinasi yang ditujui. Bagi yang sudah lama berkahwin, saya rasakan masih sempat untuk kita amal kan..

Saya cadangkan supaya pembaca layari kefemuslimah.com sebagai tatapan bacaan yang baik.

Berikut artikel "Pesanan Untuk Isteri";

Anas berkata, "Para Sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam jika menyerahkan seorang wanita kepada suaminya, maka mereka memerintahkan isteri agar berkhidmat kepada suaminya dan memelihara haknya."

Ummu Humaid berkata, "Para wanita Madinah, jika hendak menyerahkan seorang wanita kepada suaminya, pertama-tama mereka datang kepada 'Aisyah dan memasukkannya di hadapannya, lalu dia meletakkan tangannya di atas kepalanya seraya mendo'a-kannya dan memerintahkannya agar bertakwa kepada Allah serta memenuhi hak suami"

'Abdullah bin Ja'far bin Abi Thalib berwasiat kepada puterinya,"Janganlah engkau cemburu, sebab itu adalah kunci perceraian, dan janganlah engkau suka mencela, karena hal itu menimbulkan kemurkaan. Bercelaklah, karena hal itu adalah perhiasan paling indah, dan parfum yang paling baik adalah air."

Abud Darda' berkata kepada isterinya,"Jika engkau melihat-ku marah, maka redakanlah kemarahanku. Jika aku melihatmu marah kepadaku, maka aku meredakanmu. Jika tidak, kita tidak harmonis.
Ambillah pemaafan dariku, maka engkau melanggengkan cintaku.Janganlah engkau berbicara dengan keras sepertiku, ketika aku sedang marah. Janganlah menabuhku (untuk memancing kemarahan) seperti engkau menabuh rebana, sekalipun. Sebab, engkau tidak tahu bagaimana orang yang ditinggal pergi.

Janganlah banyak mengeluh sehingga melenyapkan dayaku. Lalu hatiku enggan terhadapmu, sebab hati itu berbolak-balik

Sesungguhnya aku melihat cinta dan kebencian dalam hati.
Jika keduanya berhimpun, maka cinta pasti akan pergi.

'Amr bin Hajar, Raja Kindah, meminang Ummu Ayyas binti 'Auf. Ketika dia akan dibawa kepada suaminya, ibunya, Umamah binti al-Haris menemui puterinya lalu berpesan kepadanya dengan suatu pesan yang menjelaskan dasar-dasar kehidupan yang bahagia dan kewajibannya kepada suaminya yang patut menjadi undang-undang bagi semua wanita. Ia berpesan:

"Wahai puteriku, engkau berpisah dengan suasana yang darinya engkau keluar, dan engkau beralih pada kehidupan yang di dalamnya engkau naik untuk orang yang lalai dan membantu orang yang berakal. Seandainya wanita tidak membutuhkan suami karena kedua orang tuanya masih cukup dan keduanya sangat membutuh-kanya, niscaya akulah orang yang paling tidak membutuhkannya. Tetapi kaum wanita diciptakan untuk laki-laki, dan karena mereka pula laki-laki diciptakan.

Wahai puteriku, sesungguhnya engkau berpisah dengan suasana yang darinya engkau keluar dan engkau berganti kehidupan, di dalamnya engkau naik kepada keluarga yang belum engkau kenal dan teman yang engkau belum terbiasa dengannya. Ia dengan ke-kuasaannya menjadi pengawas dan raja atasmu, maka jadilah engkau sebagai abdi, niscaya ia menjadi abdimu pula. Peliharalah untuknya 10 perkara, niscaya ini akan menjadi kekayaan bagimu.

Pertama dan kedua, tunduk kepadanya dengan qana'ah (merasa cukup), serta mendengar dan patuh kepadanya.

Ketiga dan keempat, memperhatikan mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat suatu keburukan darimu, dan jangan sampai mencium darimu kecuali aroma yang paling harum.

Kelima dan keenam, memperhatikan tidur dan makannya. Karena terlambat makan akan bergejolak dan menggagalkan tidur itu membuat orang marah.

Ketujuh dan kedelapan, menjaga hartanya dan memelihara keluarga dan kerabatnya. Inti perkara berkenaan dengan harta ialah menghargainya dengan baik, sedangkan berkenaan dengan keluarga ialah mengaturnya dengan baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan menentang perintahnya dan jangan menyebarkan rahasianya. Karena jika engkau menyelisihi perintahnya, maka hatinya menjadi kesal dan jika engkau menyebar-kan rahasianya, maka engkau tidak merasa aman terhadap pengkhianatannya. Kemudian janganlah engkau bergembira di hadapannya ketika dia bersedih, dan jangan pula bersedih di hadapannya ketika dia bergembira"

Seseorang menikahkan puterinya dengan keponakannya. Ketika ia hendak membawanya, maka dia berkata kepada ibunya, "Perintahkan kepada puterimu agar tidak singgah di kediaman (suaminya) melainkan dalam keadaan telah mandi. Sebab, air itu dapat mencemerlangkan bagian atas dan membersihkan bagian bawah. Dan janganlah ia terlalu sering mencumbuinya. Sebab jika badan lelah, maka hati menjadi lelah. Jangan pula menghalangi syahwatnya, sebab keharmonisan itu terletak dalam kesesuaian."

Ketika al-Farafishah bin al-Ahash membawa puterinya, Nailah, kepada Amirul Mukminin 'Utsman bin 'Affan Radhitallahu 'anhu, dan beliau telah menikahinya, maka ayahnya menasihatinya dengan ucapannya,"Wahai puteriku, engkau didahulukan atas para wanita dari kaum wanita Quraisy yang lebih mampu untuk berdandan darimu, maka peliharalah dariku dua hal ini: bercelaklah dan mandilah, sehingga aromamu adalah aroma bejana yang terguyur hujan."

Abul Aswad berkata kepada puterinya,"Jangalah engkau cemburu, sebab kecemburuan itu adalah kunci perceraian. Berhiaslah, dan sebaik-baik perhiasan ialah celak. Pakailah wewangian, dan sebaik-baik wewangian ialah menyempurnakan wudhu.'"

Ummu Ma'ashirah menasihati puterinya dengan nasihat berikut ini yang telah diramunya dengan senyum dan air matanya:

"Wahai puteriku, engkau akan memulai kehidupan yang baru… Suatu kehidupan yang tiada tempat di dalamnya untuk ibumu, ayahmu, atau untuk seorang pun dari saudaramu. Engkau akan menjadi teman bagi seorang pria yang tidak ingin ada seorang pun yang menyekutuinya berkenaan denganmu hingga walaupun ia berasal dari daging dan darahmu. Jadilah engkau sebagai isteri, wahai puteriku, dan jadilah engkau sebagai ibu baginya. Jadikanlah ia merasa bahwa engkau adalah segalanya dalam kehidupannya dan segalanya dalam dunianya. Ingatlah selalu bahwa suami itu anak-anak yang besar, jarang sekali kata-kata manis yang membahagia-kannya. Jangan engkau menjadikannya merasa bahwa dengan dia menikahimu, ia telah menghalangimu dari keluargamu.

Perasaan ini sendiri juga dirasakan olehnya. Sebab, dia juga telah meninggalkan rumah kedua orang tuanya dan meninggalkan keluarganya karenamu. Tetapi perbedaan antara dirimu dengannya ialah perbedaan antara wanita dan laki-laki. Wanita selalu rindu kepada keluarganya, kepada rumahnya di mana dia dilahirkan, tumbuh menjadi besar dan belajar. Tetapi dia harus membiasakan dirinya dalam kehidupan yang baru ini. Ia harus mencari hakikat hidupnya bersama pria yang telah menjadi suami dan ayah bagi anak-anaknya. Inilah duniamu yang baru, wahai puteriku. Inilah masa kini dan masa depanmu. Inilah mahligaimu, di mana kalian berdua bersama-sama menciptakannya.

Adapun kedua orang tuamu adalah masa lalu. Aku tidak me-mintamu melupakan ayah dan ibumu serta saudara-saudaramu, karena mereka tidak akan melupakanmu selama-lamanya. Wahai sayangku, bagaimana mungkin ibu akan lupa belahan hatinya? Tetapi aku meminta kepadamu agar engkau mencintai suamimu, mendampingi suamimu, dan engkau bahagia dengan kehidupanmu bersamanya."

Diriwayatkan bahwa Ibnu Abi 'Udzr ad-Du'ali -pada hari-hari pemerintahan 'Umar Radhiyallahu 'anhu- menceraikan wanita-wanita yang dinikahinya. Sehingga muncullah kepadanya beberapa peristiwa yang tidak disukainya berkenaan dengan para wanita tersebut dari hal itu. Ketika dia mengetahui hal itu, maka dia memegang tangan 'Abdullah bin al-Arqam sehingga membawanya ke rumahnya. Kemudian dia berkata kepada isterinya:"Aku memintamu bersumpah demi Allah, apakah engkau benci kepadaku?" Ia menjawab, "Jangan memintaku bersumpah demi Allah." Dia mengatakan, "Aku memintamu bersumpah demi Allah."

Ia menjawab, "Ya."

Kemudian dia berkata kepada Ibnul Arqam, "Apakah engkau dengar?"

Kemudian keduanya bertolak hingga sampai kepada 'Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu 'anhu lalu mengatakan,

"Kalian mengatakan bahwa aku menzhalimi kaum wanita dan menceraikan mereka. Bertanyalah kepada al-Arqam." Lalu 'Umar bertanya kepadanya dan mengabarkannya. Lalu beliau mengirim utusan kepada isteri Ibnu Abi 'Udzrah (untuk datang kepada 'Umar). Ia pun datang bersama bibinya, lalu 'Umar bertanya, "Engkaukah yang bercerita kepada suamimu bahwa engkau marah kepadanya?" Ia menjawab, "Aku adalah orang yang mula-mula bertaubat dan menelaah kembali perintah Allah kepadaku. Ia memintaku bersumpah dan aku takut berdosa bila berdusta, apakah aku boleh berdusta, wahai Amirul Mukminin?" Dia menjawab, "Ya, berdustalah. Jika salah seorang dari kalian tidak menyukai salah seorang dari kami, janganlah menceritakan hal itu kepadanya. Sebab, jarang sekali rumah yang dibangun di atas dasar cinta, tetapi manusia hidup dengan Islam dan mencari pahala"

Kepada setiap muslimah yang memenuhi hak-hak suaminya dan takut terhadap murka Rabb-nya karena dia mengetahui hak suaminya atasnya! Inilah contoh sebagian pria yang mensifati isterinya yang tidak mengetahui hak suaminya dan tidak pula memelihara kebaikannya. Ia tidak mempercantik diri dan tidak berdandan untuknya, serta bermulut kasar. Ia mensifatinya dengan sifat yang membuat hati bergetar dan telinga terngiang-ngiang. Camkanlah sehingga engkau tidak jatuh ke tempat yang menggelincirkan ini.


Oleh
Abu Hafsh Usamah bin Kamal bin Abdir Razzaq

[Disalin dari kitab Isyratun Nisaa Minal Alif Ilal Yaa, Edisi Indonesia Panduan Lengkap Nikah Dari A Sampai Z, Penulis Abu Hafsh Usamah bin Kamal bin Abdir Razzaq, Penterjemah Ahmad Saikhu, Penerbit Pustaka Ibnu Katsair]>


Sunday, September 5, 2010

Subject: Istimewanya Wanita

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.

Istimewanya Wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihatisterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tolaemas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.