Sunday, September 5, 2010

MENCARI ATAU MENJADI?

Artikel yang menarik untuk menjadi tatapan semua:

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi. 

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa. 

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya? 

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya? 

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah. 

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi? 

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa! 

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan. 

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. 

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. 

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Murshidah : Izinkan saya memberi sedikit respon yg membina. Insya Allah kita memperolehi rahmat dari-Nya, mudah2an dpt menjadi tazkirah buat diri saya & bermanfaat utk yg membaca.
Hidup seorang mukmin wajib berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Apabila Rasullulah s.a.w sendiri yg memberi panduan dlm memilih pasangan hidup, supaya diutamakan yg beragama, siapalah kita untuk menidakkannya.

Sayid Qutub berkata:
Pernikahan atau perkahwinan merupakan hubungan yang paling mendalam, paling kuat dan paling kekal yang mengikatkan di antara dua manusia. Hubungan ini meliputi sambutan-sambutan dan penerimaan timbal-balik yang paling luas yang dilakukan oleh dua manusia itu.
Oleh sebab itu hubungan ini memerlukan kepada perpaduan hati dan titik pertemuannya dalam satu ikatan yang tidak terhurai lagi. Untuk mencapai perpaduan hati, pastilah kedua-duanya bersatu di atas satu akidah dan tujuan hidup, kerana akidah merupakan sesuatu yang paling mendalam dan luas mengimarahkan jiwa manusia.

Akidahlah yang mempengaruhi jiwa manusia, menyesuai dan menentukan perasaan-perasaannya, penerimaannya dan seterusnya akidahlah yang menentukan perjalanan dalam seluruh kehidupan.

Yg menjamin seseorang itu TIDAK soleh atau solehah, adalah lemahnya usaha menggunakan akal yg sempurna dikurniakan Allah untuk mendidik hati & bermujahadah melawan hawa nafsu. Sesungguhnya Allah tidak akan menganiayai hamba-hambaNya walaupun sedikit melainkan mereka yg menzalimi diri sendiri.

Niat, menentukan adakah berkahwin itu untuk mencari redha Allah atau sebaliknya (cantik, harta, kedudukan?). Nobody is born a ‘maksum’. Jikalau kita merasa diri tidak sempurna dari segi ilmu atau pengamalannya, adakah berputus asa di situ? Adakah itu bermakna, org yg jahat dan berdosa tidak layak utk membersihkan dirinya sehingga ditingkatkan darjatnya oleh Allah swt. Ada tanda-tandanya bagi orang yg benar2 ingin kembali kpd Allah – salah satunya adalah dia akan berusaha utk istiqamah membersihkan diri sehingga hatinya akan cinta kepada Allah, dan cinta pula kpd sesiapa yg mencintai-Nya.

Jikalau seseorang itu mencintai seseorang yg soleh / solehah dengan ikhlas (krn ketaatan mrk kpd Allah) – itu adalah salah satu tanda yg taubatnya diterima oleh Allah atau tanda yg dia telah dianugerahkan kurnia yg sgt besar dari Allah.

Jgn pula merendahkan orang-orang yg belum soleh tapi ingin kembali kpd Allah atau mencari jalan yg lurus atau mahu mencintai orang-orang yg mencintai Allah. Dlm hal ini tak semestinya dlm mencari jodoh sahaja.

Seseorang yg hatinya mati dan jauh dari hidayah kerana engkar kepada Allah, tidak mempunyai sebab untuk mencintai org2 yg mencintai Allah (hanya kerana cinta mereka kepada Allah). Harap dpt difahami ayat yg kompleks ini.

Kalau kita belum sampai tahap soleh (dan menyedarinya), adakah kita akan menjerumuskan diri kpd kebinasaan? Atau menunggu waktu ke neraka?

Takdir Allah akan tetap berjalan walau apapun, dan redha dituntut atas apa yg Allah kurniakan. Tetapi saya lebih gembira jika kita dpt mempraktikkan dulu piawai yg di saran oleh agama – ikhtiar utk istiqamah (kekal) memperbaiki diri & ketaatan kpd Allah dan cuba mendampingi (jodoh, teman, sahabat) yg mempunyai matlamat yg sama. Kenapa? :

1) Konsep tawakkal dlm Islam adalah usaha yg pro-aktif di samping pergantungan rohani kpd Allah melalui ibadah, doa & solat istikharah. Sama sekali tidak salah memilih pergaulan yg baik kerana niat untuk membina hidup yg bahagia di dunia & akhirat walaupun diri tidak sempurna. Mudah2an dgn pertalian itu, ia dpt menyelamatkan melalui usaha nasihat-menasihat, ingat-mengingati dsb.

2) Kita akan di hambat ujian demi ujian sehingga ajal sampai, adakah kita akan bersama teman yg komited utk sama-sama membimbing dan mendidik ke syurga atau sebaliknya? Kita berusaha untuk menasihati, berbincang dsb, tapi terpulang kpd Allah utk memberi hidayah. Kita tidak memutuskan silaturrahim, kerana umat Islam itu bersaudara, tapi ucapkanlah ‘Assalamualaikum’, berdoa dan berlalulah, jika maruah diri kita tidak dipedulikan.

3) Hanya orang yg bertakwa kpd Allah (yg beriman belum tentu lagi bertakwa), tidak akan menganiayai, mempermain-mainkan harga diri atau mensia-siakan hidup pasangannya / sahabatnya. Pernah berlaku kpd seorang yg begitu mempercayai temannya dan pernah meminta dgn tulus ikhlas “Can you guide me?”. Malangnya, setelah kepercayaan diberi, dikhianati, bukan jalan syurga yg dibimbing, malah jln maksiat yg diajarkan. Selepas hilang suka, ditinggalkan sahaja, org lain dicari sbg ganti. Sounds familiar? Begitulah besarnya pengaruh seorang yg di percayai atau org-org yg didampingi.

4) Kita bertanggungjawab terhadap pilihan dan amalan kita. Pernahkan kita terfikir, mengapa kita menderita, kenapa kita menangis, kenapa kita dizalimi? Adakah seseorang yg berhati suci & benar2 takutkan Allah akan menzalimi seseorang yg lain? Renungkan sejenak.
Yg soleh atau solehah itu juga TIDAK akan pernah sempurna, akan tetapi tanda-tanda org yg jujur dan taat pada Allah itu ketara. Adakah Allah akan mensia-siakan hamba-Nya yg sentiasa memperbaiki amalan & pilihannya?

Kita bukan ingin menjadi masyarakat malaikat, tapi masyarakat manusia yg hidup di bumi tapi bertunjangkan petunjuk dr langit. Ini adalah ikhtiar dan usaha kita, apa2 pun yg dikurniakan atau tidak oleh Allah, akan & pasti berlaku hanya dgn izin Allah jua.
Berusaha, berdoa, bertawakkal. Selebihnya adalah urusan Ilahi.
Allah Maha Mengetahui & Maha Mengasihani.

No comments:

Post a Comment