Orked teringin sekali berkongsi Impian orked. Setiap insan pasti memiliki impian hidup, begitu juga orked.. Mungkin kita perlu bahagikan impian supaya lebih jelas. Kali ni orked ingat nak kongsi impian kehidupan berkeluarga. Maksud orked keluarga yang bagaimana yang orked inginkan. Bagi orked, bila kita menulis impian kita ia sudah menjadi satu terapi bagi diri kita. Selain kita tahu apa yang kita perlukan, ia juga membantu kita memperbaiki diri bagi mencapai objective hidup.
Okey..!! Kita mula..
Orked inginkan sebuah keluarga yang berlandaskan Islam, bila berlandaskan Islam ini bermakna sekaligus melambangkan keluarga yang Sederhana. Maksudnya, keluarga yang memiliki keperluan yang sederhana, Punyai rumah yang sederhana (yang penting luas dan teratur), hiasan rumah yang kemas dan aman di pandang, bukan hiasan yang terlalu sarat.. Kereta yang sederhana, tidak terlalu mewah... Kenapa sebut pasal rumah dan kereta dulu, sebab bagi orked rumah dan kenderaan adalah aset yang penting dalam keluarga dan ia bukan kehendak tapi keperluan sesebuah keluarga tu.. Masa ada rumah nanti, Orked memang nak sedia kan satu tempat khas untuk solat dan library.. Tambah-tambah lagi jika sudah ada anak.. Tempat solat dan library sangat penting bagi orked. Orked nak anak-anak orked tau solat dan belajar itu penting. Solat sebagai tiang agama dan ilmu itu penyuluh hidup. Mama Orked selalu ingatkan orked, tempat tidur suami perlu di jaga rapi dan perlu sentiasa bersih dan kemas. Masa beli rumah nanti orked tahu kena ikut kemampuan kewangan suami kita, jadi Orked akan cuba untuk tidak beri tekanan pada suami orked dan jika suami orked sudah pun punyai rumah, orked akan terima seadanya, melainkan jika ia tidak sesuai untuk sebuah keluarga orked akan berbincang dahulu. Jika Orked mampu sudah pasti orked akan beli rumah sendiri sekarang... (~_^)... Kalau dapat suasana seperti kampung pasti menyeronokkan. Ia lah, rumah kampung luas..laman pun luas.. bukan macam rumah dibandar rapat-rapat dan semua jiran buat kerja sendiri... ;( Dapat laman luas Orked nak tanam banyak2 bunga, orked nak bunga yang menjalar di pagar.. kalau ada pagola lagi bagus. Pasti cantik.. Orked nak rumput yang menghijau..petang2 dapat berkebun bunga..sambil suami nikmati tea panas buatan orked.. =)
Orked banyak cakap pasal rumahkan, bagi orked asal kereta dapat di guna dan berfungsi dengan baik itu sudah memadai.. lagipun kereta adalah aset yang banyak keluar duit..service, minyak n etc....Sekarang Orked beli kereta. Kereta buatan Malaysia..kita kan perlu ada semangat satu Malaysia!!..hihi.. orked beli saga blm 1.3 auto, warna putih pilihan orked!!..
Tadi tu tentang keperluan utama keluarga yang orked impikan.
Sekarang, Orked ingat nak pikir tentang makanan pula..Orked tak pandai masak, tapi orked memang simpan impian nak masak untuk suami dan anak2. Okey, mungkin ada yang tak setuju dengan orked, tapi ini yang Orked rasa pendirian orked pada keluarga orked nanti untuk bab makanan. Sekiranya Orked berkeluarga nanti, orked tak mau ajar keluarga orked makan nasi itu satu kemestian..;) Orked akan masak selain nasi.. Contohnya, Orked ingat nak masak meehoon ker, selain nasi la... Tapi nasi ada tapi bukan dalam satu hari mesti nasi.. Malam mungkin meehoon ker... Nasi goreng ker... ;) Orked juga tak mau family orked membazir bab-bab makanan nie, tak perlu mewah sangat dalam makanan. Itu bab Makanan. Dalam bab adab makan, Orked akan make sure semua dah ada kat meja baru mula makan. Orked akan suruh suami orked baca doa makan kuat2. ;) Mesti bakal suami Orked kata orked ni poyo.. (tapi orked tulis jer la, bukan tau siapa pun). Tapi orked rasa itu dapat menerapkan akhlak yang baik pada anak-anak nanti, lagipun Insya Allah, tuhan murahkan rezeki kita nanti. Orked harap suatu hari nanti Orked terbuka hati nak belajar masak.. "Ya Allah, aku ingin menjadi isteri dan ibu yang solehah, semoga aku rajin memasak dan menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. Amin."
Bab solat pula. Orked nak ajar anak sedari kecil lagi. Harap2 orked dapat suami yang dapat imam kan solat keluarganya. Orked akan make sure satu keluarga orked berjemaah dan solat di awal waktu. ;) bahagia rasanya duduk bersama sebuah keluarga yang solat di awal waktu dan berjemaah. Insya Allah dapat di amalkan sehingga ke akhir hayat. Biarlah punyai keluarga yang di berkati Allah sentiasa.. Selepas waktu solat orked nak anak-anak orked ambil satu topik agama dan ulaskan di depan keluarga..Insya Allah suatu hari nanti anak-anak Orked akan tahu nasihat menasihati, petah bercakap, pandai agama dan tidak takut untuk bercakap di depan serta sebagainya. Cuti sekolah pula Orked tak kan biar cuti anak-anak terbiar begitu saja, orked ingat nak hantar kem-kem agama atau kepimpinan. Kalau boleh orked akan hantar anak2 orked buat kerja di kampung, biar mereka ada pengalaman dari membazir main game.. ;) Besar sungguh impian orked kan. Semoga tertunai, tapi orked sedar ini hanya sebuah impian..
Amalan sekeluarga.
Insya Allah, sekiranya Orked kahwin suatu hari nanti dengan suami yang telah di takdirkan oleh Tuhan. Orked ingat Orked dengan suami tercinta pilih salah satu zikir untuk di amalkan setiap hari. Contohnya, hari ini Orked sebelum orked dan suami pergi kerja, kami akan pilih satu zikir untuk di amalkan dari pagi sampai ke malam. Contoh nya pagi tu orked ajak suami atau suami ajak orked berzikir macam nie "Hubby, hari nie kita zikir Ya Rahman yee.. " selepas tu kita bersalaman pergi kerja.. Wah... Orked rasa tenang sekali kalau dapat di amalkan satu kerluarga.. Emm..adakah orked terlebih impian.. harap2 tak..;)
Lepas tu, sebelum pergi kerja dan tido, kami bersalaman meminta maaf, dan paling penting bagi Orked, minta suami redha.. (^_^).. Hmm..kenapa tiba2 orked rasa rindu kat suami orked..walaupun orked belum ketemu jodoh.. Rasa-rasa nya ada ke lagi lelaki kat malaysia ni nak amalkan semua nie.. ;(
Apa-apa amalan yang baik, yang boleh di amalkan pasti akan orked turuti.. ;)
Impian orked adalah keluarga yang di berkati Allah dan berlandaskan Islam. Islam suka kan kebersihan. Insya Allah Orked akan make sure rumah sekeliling bersih. Jika di izinkan, moga2 dapat anak2 yang amalkan kebersihan.. ;) Tapi, pasti dimulakan dari ibubapakan.. Anak2 lebih cepat belajar ketika melihat dari mendengar. Orked nak orang2 bukan Islam melihat rumah orang islam sentiasa bersih.
Seandainya keluarga Orked di landa Ujian dan dugaan, Orked akan minta semua ahli keluarga Orked pulang bersungguh-sungguh pada Allah, muhasabah kembali diri jika ada terbuat salah dan insaf. Kemudian sama-sama tingkatkan amalan. ;) Dan dugaan yang mendatang jika di atasi berlandaskan agama, pasti kita tenang selalu dan redha dengan ujian nie, sedangkan Allah pasti sayang..
Orked simpan impian Orked ini sungguh2 dalam hati.. orked rasa ada bab yang orked rasa tak perlu cerita disini. Semua impian ini mungkin tercapai, mungkin tidak. Orked serahkan segalanya pada Allah.. Jodoh orked belum tiba, tapi itu bukan alasan untuk orked bergaul bebas, dan itu juga bukan alasan untuk orked terkejar-kejar mencari lelaki. Jika jodoh tiada di dunia, pasti ada di syurga nanti.. setiap mukmin akan masuk syurga selepas dosa dihisab.
Orked bukan lah dari sekolah agama, banyak yang perlu orked perbaiki diri dari segi ilmu agama, amalan, kemahiran rumahtangga, emosi dan fizikal. Yang pasti Allah sudah tentukan segalanya dan Insya Allah orked redha seadanya.